
TULAR beberapa hari lalu tentang seorang wanita dilaporkan hilang setelah memasuki sebuah kebun sawit.
Hal menjadi lebih misteri apabila tular sebuah video memaparkan anaknya telah bertindak cuba menarik sesuatu yang tidak kelihatan sebelum pengsan semasa operasi mencari ibunya itu.
Dikatakan juga, ibunya, Painah Siwa , 79, telah ‘terhijab’ dari pandangan manusia.
Alhamdulillah, akhirnya mak cik Painah berjaya ditemui pada jam 11.25 pagi tadi dalam keadaan lemah selepas enam hari dilaporkan hilang.
Menurut laporan portal tempatan, berikut sembilan fakta mengenainya;
1. Painah Siwan yang hilang sejak Rabu lalu selepas keluar ke kebun sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang, Senggarang, Batu Pahat, ditemukan dalam lemah berhampiran lopak air dalam kawasan kebun berkenaan oleh penduduk yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.25 pagi dalam lingkungan 900 meter dari pos kawalan operasi.
2. Ketika itu, terdapat bersamanya sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut.
3. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, Painah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, Johor dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM).

4. Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari wanita berkenaan.
5. Ujar Sadiah, keyakinan ibunya akan ditemukan dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung, akhirnya termakbul.
6. Sadiah memaklumkan sebelum ini keluarganya buntu ibunya tidak ditemui walaupun pelbagai usaha dibuat, termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa, selain individu yang arif agama.
7. Ada pihak arif agama datang membantu dan memberitahu, emak selamat di alam ghaib, masih ada sekitar kawasan ini. Dia mahu balik tapi tak mampu menjelmakan dirinya di dunia nyata.
Baca juga 9 fakta kes ibu didakwa cuai abai 3 anak selama 4 bulan, netizen luah sedih, tak puas hati
8. Painah biasa ke kebun untuk mencari sisa daun kelapa sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.
9. Susulan kehilangannya, SAR digerakkan melibatkan 187 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
The post Tular anak cuba tarik ibu dari alam misteri, selepas 6 hari hilang, ini info berkaitan appeared first on Sinar Plus.
