
Penggunaan Bendera Lama Sarawak Tarik Perhatian Netizen
Tular Bendera Lama Sarawak Ditayang Hadapan Pusat Konvensyen Di Kuching Tarik Perhatian Ramai. Sebuah paparan banner yang menggantung bendera lama Sarawak di hadapan Pusat Konvensyen Demak (PCC Demak) telah menarik perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Insiden ini mula tular apabila seorang pengguna Facebook, telah berkongsi gambar tersebut dalam hantaran beliau.

Banner besar dipasang di hadapan bangunan tersebut.
Dalam hantarannya, beliau menyatakan bahawa beliau ke PCC Demak untuk membeli ikan. Namun, beliau terkejut apabila melihat banner besar yang dipasang di hadapan bangunan tersebut. Banner itu memaparkan bendera lama Sarawak berserta tulisan “NEGARA SARAWAK SINCE 1841”.
Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai netizen, dengan lebih 200 reaksi, 250 komen, dan 394 perkongsian. Ramai yang memberikan pandangan mereka mengenai kesesuaian penggunaan bendera lama Sarawak dalam konteks semasa.
Pihak berkuasa tempatan dan pengurusan PCC Demak belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.



