
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (23 April) tular hantaran di media sosial seorang wanita memaklumkan diganggu oleh seorang lelaki apabila dia menunjukkan alat sulit ketika berada di sebuah pasar raya.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan tanpa segan silu memegang bahagian alat sulitnya di hadapan wanita terbabit.
Perbuatan tidak senonoh itu membuatkan wanita berkenaan berang dan mengarahkan lelaki terbabit keluar daripada pasar raya berkenaan.
Lelaki 55 tahun ditahan selepas beronani di hadapan pekerja pasar raya
Terbaharu, polis memaklumkan telah menahan lelaki yang beronani di tempat wanita terbabit bekerja juga pada hari sama.
Jelas Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 5.57 petang pada 23 April dari mangsa yang berusia 25 tahun.
Lelaki buka zip ketika di pasar raya
Menurutnya hasil siasatan dilakukan, insiden berkenaan berlaku jam 3.33 petang apabila mangsa yang merupakan pekerja di pasar raya berkenaan terkejut sebaik melihat lelaki berkenaan membuka zip seluar serta beronani sambil memandang padanya.
“Mangsa yang bekerja di pasar raya itu mulanya terdengar bunyi seperti zip dibuka, membuatkan pengadu (mangsa) pergi melihat sebelum mendapati suspek sedang membuat gangguan seksual.
“Suspek ketika itu sedang memegang kemaluan dan beronani sambil memandang ke arah pengadu.
“Pengadu bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit serta memarahi suspek yang lalu membuatkan suspek beredar dari pasar raya itu,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil
Lelaki yang ditahan itu berusia 55 tahun dan akan melalui proses permohonan reman pada pagi ini (24 April) untuk membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
