Tular Bisnes Jual Gambar Bogel Suntingan AI, Lelaki Ini Minta Wanita Waspada ‘Upload Selfie’

9 May 2023 • 3:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sunting gambar wanita guna AI

Tular Bisnes Jual Gambar Bogel Suntingan AI, Lelaki Ini Minta Wanita Waspada ‘Upload Selfie’. Media sosial telah menjadi ruang yang semakin popular bagi individu untuk berkongsi gambar dan berinteraksi dengan orang lain.

Namun, dalam dunia digital yang semakin canggih, kejadian yang mencetuskan kebimbangan muncul apabila wujudnya bisnes jual gambar bogel hasil suntingan menerusi aplikasi Artificial intelligence (AI).

image is not available
Tular Bisnes Jual Gambar Bogel Suntingan AI, Lelaki Ini Minta Wanita Waspada ‘Upload Selfie’. Kredit: Google

Hasil suntingan itu, gambar tersebut akan dijual kepada ‘pelanggan’ menerusi Twitter.

Seram betul dunia sekarang

Fenomena ini telah menimbulkan kebimbangan yang besar dalam masyarakat, terutamanya golongan wanita. Ramai yang menyuarakan rasa terancam dan risau akan kemungkinan gambar-gambar peribadi mereka diubahsuai dan digunakan secara salah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian daripada Magmalaya di Twitter, beliau mengingatkan para wanita untuk lebih berhati-hati dengan golongan ini.

image is not available

“Hati-hati para wanita, sudah ada pihak yang menggunakan gambar anda yang berbaju lalu mereka membuat kerja kerja dengan teknologi AI untuk menggantikan badan anda dengan gambar bogel.

Hasilnya amatlah mengejutkan”, ciapannya di Twitter.

Para wanita di luar sana waspada dan sebolehnya kurangkan memuat naik gambar anda di laman sosial

Tambahnya, beliau meminta wanita supaya untuk mengurangkan perkongsian gambar peribadi di mana-mana laman sosial supaya tidak menjadi mangsa kepada sindiket terkutuk ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada sebahagian individu yang tergamak dan sanggup menggunakan imej wanita lain untuk mengaut keuntungan dengan menggubah suai muka mangsa kepada badan dan pakaian yang lebih seksi.

Baca lagi artikel menarik: