Tular Budak Lelaki Cedera Diserang Anjing, Berlari Sambil Menangis Minta Tolong

3 Sep 2025 • 10:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial apabila satu video yang dipercayai dikongsikan orang awam keadaan seorang budak lelaki yang mengalami kecederaan teruk selepas diserang anjing.

image is not available

Diserang anjing ketika main basikal

Menerusi video yang dikongsikan, kanak-kanak lelaki terbabit dipercayai sedang bermain basikal di kawasan rumah sebelum diserang seekor anjing.

Dapat dilihat anjing berkenaan mengigit dan menyerang di bahagian kepala sebelum kanak-kanak tersebut berjaya melepaskan diri dan berlari ke arah seorang wanita dewasa.

image is not available

Diserang anjing hingga alami kecederaan serius

Dalam hantaran itu juga, kejadian berkenaan dinyatakan berlaku di Taman Medan dan anjing yang menyerang kanak-kanak terbabit juga disyaki bertuan kerana memakai lantar di leher.

Kanak-kanak itu sepertinya mengalami kecederaan agak serius apabila kepalanya berlumuran darah dan terdapat kesan luka-luka besar di bahagian atas badan.

image is not available

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi tentang kejadian tersebut dan waktu situasi getir itu berlaku.

Diharap akan ada tindakan tegas terhadap pemilik anjing itu jika benar bertuan dan semoga kanak-kanak terbabit segera pulih dari kecederaan yang dialami.

Sumber: Facebook Mohd Firdaus Md Isa