Tular Ciapan Samakan Sakit Beranak Seperti Sembelit, Ini Respon Dr Imelda Bachin

EntertainmentHealth & Fitness
13 Sep 2023 • 5:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Proses kehamilan merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri. Ini kerana ia menandakan bahawa pasangan itu bakal menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka.

Walaupun teruja dan seronok untuk menyambut kehadiran cahaya mata, pasti kebanyakan daripada ibu hamil risau dan takut dengan sakit terutama ketika proses bersalin.

Sering kali kedengaran, sakit sewaktu bersalin sukar diungkapkan dengan kata-kata. Malah, pengalaman setiap individu juga tidak sama sehingga ada yang menganggap ia diibaratkan seperti nyawa di hujung tanduk.

Individu Anggap Sakit Bersalin Sama Seperti Sakit Sembelit

Namun, ciapan seorang lelaki mengenai sakit bersalin baru-baru ini nyata mengejutkan ramai pihak.

Menurut pengguna Twitter tersebut, dia mendakwa sakit beranak diibaratkan seperti sakit sembelit.

“Sepupu aku kata kebanyakan perempuan yang beranak bukan betul-betul sakit pun, lebih kepada nak tarik perhatian doktor dalam dewan bedah (OT).

“Beranak ini macam kita sakit sembelit je. Kalau sakit sangat tiada la orang-orang dulu beranak sampai berbelas orang,” ciapnya.

image is not available
Foto: FB Dr Imelda Bachin

Pakar Tepis Dakwaan Sakit Beranak Seperti Sakit Sembelit

Ciapan tersebut nyata menarik perhatian Pakar Obstetrik dan Ginekologi Dr Imelda Bachin. Menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, beliau bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan yang menganggap sakit beranak sama seperti sembelit.

Walau bagaimanapun, dia meminta lelaki berkenaan membayangkan jika ‘bahan buangan’ itu bersaiz besar dengan berat 3.5 kilogram.

“Taik hang sebesar 3.5kg dan sembelit ni pelik sikit pasal taik hang boleh tendang-tendang hang tengah-tengah malam.

“Sembelit hat ni, tak boleh keluaq sikit-sikit tau, ia kena keluaq SEKETOI (seketul) sekali. Lepas tu terkoyak dub*q (dubur) nak kena jahit balik. Kalau nasib hang tak baik, selepas seketoi tu keluaq, ada satu lagi!

“Kalau hang jerit minta bius, chek nanti habaq kat hang, ini kan sembelit je. Toksah laa menjerit-jerit bila berak. Yang lebih menakutkan, bila taik hang keluaq, hang kena jaga taik tu 21 tahun tau,” tulis beliau.

Tambah Dr Imelda lagi, penjagaan anak dalam perut tidak boleh disamakan dengan ‘bahan buangan’ tersebut.

“Sebab hang kena JAGA taik hang laa kalau taik hang jadi distress, doktor kena operate hang tau. Itulah bezanya sembelit dengan nak beranak.

“Kita mesti jaga keselamatan nyawa anak di dalam kandungan tu, tak sama tak. Kalau apa-apa terjadi kat taik hang, kami tak kisah,” tulis beliau lagi.

Kah kah kah kah kah Chek tergelak terguling-guling tengok SS ni kat page sahabat chek, Hi Rule. Chek nak pinjam sat SS…

Posted by Imelda Balchin on Tuesday, 12 September 2023

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut geram dengan tangkap layar ciapan yang dikongsikan oleh pakar sakit puan itu.

Malah, kebanyakan daripada mereka turut berkongsi pengalaman bersalin yang sebenar agar dapat membuka mata pihak yang menyamakan sakit itu sama seperti sakit sembelit.

Sembelitlah Sangat, Sakit Tahu Tak Sembelit Sampai Rabak

image is not available

Tarik Perhatian Doktor? Ingat Orang Suka-Suka Ke Panggil DoktorTanpa Sebab

image is not available

Empat Kali Beranak, Tak Pernah Saya Rasa Tak Sakit

image is not available

Dia Ini Cakap Pasal Dia Tak Pernah Beranak

image is not available

Sembelit Tu Sikit Je, Ini Level Dah Hujung Nyawa

image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Source:

View Original Article