Tular Dakwaan Data Pengguna Maybank2u Digodam & Dijual Di ‘Dark Web’ Pada Harga RM84,000

Technology
25 Jul 2024 • 11:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Platform perbankan dalam talian, Maybank2u didakwa telah digodam dan ribuan data milik pengguna dipercayai sudah dijual di ‘dark web’.

Semua data tersebut didakwa telah ditawarkan dengan harga USD18,000 (RM84,159) di dalam satu forum di laman web berkenaan.

Antara data dan maklumat yang dibocorkan ialah maklumat log masuk, alamat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod.

Penggodam itu turut menunjukkan sebahagian maklumat yang dibocorkan bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan jika semua data tersebut adalah asli atau palsu.

image is not available

 

Polis akan siasat dakwaan

Pengarah Jabatan Siasatan Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya akan menjalankan semakan berhubung dakwaan tersebut.

Kita tahu mereka (perbankan) sudah mengambil langkah ke arah pemantapan sistem mereka melalui kaedah baru seperti teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ramli berkata pihak perbankan bagaimanapun perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mengemaskini sistem keselamatan data mereka supaya tidak mudah digodam.

image is not available

 

Maybank yakin sistem selamat

Dalam pada itu, pihak Maybank memberi jaminan bahawa sistemnya kekal selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya meskipun terdapat dakwaan sebegitu.

Kami mengambil serius atas kebimbangan keselamatan ini dan terus memantau serta memastikan data kami dilindungi setiap masa.

Maybank juga turut mengingatkan pelanggan mereka untuk terus berwaspada dan melindungi maklumat dengan memastikan ID Pengguna, kata laluan dan butiran peribadi anda selamat.

image is not available

Pelanggan Maybank juga diingatkan untuk berhati-hati terhadap perisian hasad, mesej WhatsApp, laman pancingan data dan panggilan telefon yang meminta bukti kelayakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 months ago

"Saya Join Group Sebab Nak Kaji" - Podcast Azri Walter Jadi Tumpuan, Dedah Kewujudan Akaun 'Dark Side' Cara Pelajar Cari Duit 'Tepi'