Tular Dakwaan Haechan Dan Johnny NCT Tidur Dengan Peminat Di Tokyo?

Music
4 Jun 2024 • 5:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang individu mendakwa dua ahli kumpulan NCT iaitu Haechan dan Johnny tidur tiga gadis Jepun dimana dua daripada mereka merupakan peminat kumpulan berkenaan.

Menerusi perkongsian di X, pemilik akaun @kira_ceo_main yang juga dikatakan merupakan individu terkenal dalam bidang hiburan malam di Jepun telah memuat naik beberapa gambar dan ciapan berbaur hasutan terhadap dua selebriti tersebut.

image is not available

Foto: IG Johnny NCT

Ciapan itu telah menyebut nama Johnny dan Haechan secara langsung dengan menyatakan bahawa mereka telah mengadakan hubungan lima hala dengan tiga gadis yang dikatakan bekerja sebagai pelayan bar di sebuah pusat hiburan.

Meskipun hantaran tersebut telah dipadamkan, namun akaun @roses_123_ dan @lv999_V telah memuat naik semula gambar-gambar berkenaan.

image is not available

Foto: X @lv999_V

Hantaran tersebut memperlihatkan gambar kunci bilik Capitol Hotel Tokyo yang merupakan lokasi sama Haechan melakukan strim langsung di aplikasi Weverse sebelum ini.

Selain itu, gambar terbabit turut mendakwa Johnny dan Haechan yang memakai topeng muka serta tiga gadis tersebut sedang berada di luar hotel.

image is not available

Foto: X @lv999_V

Salah seorang gadis terbabit telah memuat naik gambar di media sosial menunjukkan lima gelas, pelbagai tin dan botol alkohol, lima batang rokok, serta lima beg yang kelihatan mencurigakan.

Walau bagaimanapun, agensi kedua-dua ahli NCT ini iaitu SM Entertaiment masih belum memberi sebarang jawapan berhubung dakwaan berkenaan.

Sumber: Koreaboo