
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan rata-rata ibu ayah pasti akan menghantar anak-anak ke rumah pengasuh sejak kecil lagi atas tuntutan kerja.
Namun malangnya, media acap kali melaporkan insiden kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa dera, malah ada yang sehingga maut akibat kecuaian pengasuh.
Ramai Dakwa Anak Mereka Didera Di Cawangan Taska Terkenal
Baru-baru ini, pempengaruh dan aktivis Caprice, telah membuat pendedahan mengejutkan yang mendakwa berlakunya penderaan di beberapa cawangan taska terkenal Al Kauthar Eduqids.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, beberapa individu telah berkongsi gambar anak-anak mereka dengan kesan kecederaan pada tubuh badan dan muka dipercayai akibat didera.
Antaranya termasuklah luka pada bibir yang kononnya disebabkan oleh tergigit dan kesan lebam badan bahagian belakang badan yang dikatakan tidak hilang walaupun selepas sebulan.
View this post on Instagram
Bekas Pekerja Dakwa Kanak-Kanak Autisme Dikurung Dalam Bilik Stor
Dalam satu video lain pula, seorang individu yang pernah bekerja di cawangan taska di Shah Alam mendakwa bahawa seorang kanak-kanak autisme telah dikurung di dalam bilik stor dalam keadaan bogel.
“Masa ni saya rakam ada budak autism dibogelkan dan dikurung dalam bilik stor. Budak tu sampai makan kayu-kayu kotor kat tempat tu.
“Saya berhenti kerja dan mampu bertahan dua hari sebab saya tak mampu nak tengok budak-budak tu terseksa,” katanya.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Baru Hari Pertama Dihantar, Bayi 6 Bulan Cedera Didakwa Digigit Anak Pengasuh
Baca Artikel Berkaitan: “Bayar RM1,300 Setiap Bulan”- Ibu Nak Pitam Lepas Tahu Anak Didera Pengasuh Taska [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Diam!” – Tular Video Pengasuh Berang Herdik & Hempas Bayi Yang Enggan Berhenti Menangis
Tular Video Pengasuh Sumbat Botol Susu Pada Kanak-Kanak
Caprice kemudian memuat naik satu lagi video berbeza yang dakwanya telah dikongsikan oleh seorang pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sebuah lagi cawangan taska tersebut di Shah Alam.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu dipercayai pengasuh telah memaksa seorang kanak-kanak meminum susu.
Kanak-kanak itu yang sedang menangis turut mengeluarkan suara seakan-akan tersedak akibat disumbat dengan susu berkenaan.
View this post on Instagram
Pengerusi MARA Asyraf Wajdi Beri Maklum Balas Berhubung Isu Dakwaan Deraan
Dalam salah satu hantarannya, Caprice turut menyebut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ini kerana satu gambar tular sebelum ini menunjukkan beliau bergambar di salah sebuah cawangan taska berkenaan di Alam Damai, Cheras.
Sehubungan itu, Dr Asyraf telah menjelaskan bahawa hanya dua cawangan taska itu yang menerima pembiayaan MARA bagi pendidikan awal kanak-kanak iaitu di Klang dan Bestari Jaya, manakala kejadian yang didakwa berlaku tidak melibatkan kedua-dua lokasi tersebut.
“Walaubagaimanapun, saya minta pengurusan MARA buat siasat sepenuhnya kerana saya tidak mahu MARA membiayai dan berkolaborasi dengan institusi yang punya rekod tidak menjaga kualiti pendidikan apatah lagi terkait dengan soal yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak,” ujarnya dalam komen balas.
Dr Asyraf turut meminta mereka yang pernah berdepan pengalaman serupa di cawangan taska berkenaan agar meninggalkan komen yang akan diperhalusi oleh pihak pengurusan MARA bagi tindakan sewajarnya.

Ibu Pejabat AKE Ambil Maklum Insiden Berlaku Di Satu Cawangannya
Terbaharu, ibu pejabat taska Al Kauthar Eduqids (AKE) telah mengeluarkan kenyataan berhubung satu insiden yang berlaku di salah satu cawangannya.
Menurut kenyataan tersebut, pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman serta memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
“Salinan rakaman CCTV kejadian juga telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.
Tambahnya lagi, saluran aduan rasmi juga telah diaktifkan menerusi e-mel akeaduan@gmail.com.
“Kami memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepasa proses siasatan yang sedang dijalankan.
“AKE – HQ sentiasa meletakkan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sebagai keutamaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kanak-Kanak Autisme Didera, Pengasuh Warga Asing Ditahan Polis
Baca Artikel Berkaitan: Isu Kes Dera Adik Bella, JKM Sita Rumah Kebajikan & Tarik Hak Penjagaan 6 Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifaa Bukan Satu Kemalangan Sebaliknya Kecuaian Pengasuh
