Tular Dakwaan Pak Arab Buat Prebet Sapu Di KLIA, Ambil Pelancong Eropah [Video]

22 Jan 2026 • 4:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, di Malaysia masih terdapat individu termasuk warga asing yang memandu tanpa lesen memandu yang sah dan menyalah gunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tujuan komersial.

Kebanyakan daripada mereka melakukan prebet sapu secara haram demi mencari pendapatan yang lebih di negara ini.

Tindakan tersebut bukan hanya menyalahi undang-undang, malah ia dipercayai turut memberi kesan kepada pemandu teksi dan e-hailing yang melakukan pekerjaan terbabit secara sah.

Pak Arab didakwa buat prebet sapu, bawa 2 penumpang warga Eropah

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki bertindak merakam seorang individu dipercayai warga asing yang didakwanya menjadi prebet sapu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @izamteksi, lelaki dipercayai berbangsa Arab itu didakwa mengambil dua penumpang warga Eropah.

Susulan itu, lelaki terbabit meminta agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk Jabatan Imigresen Malaysia segera mengambil tindakan.

“Prebet sapu warga asing makin berani langgar undang-undang Malaysia, JPJ tolong bertindak segera,” tulis di kapsyen.

Warga asing didakwa jemput kakak dari airport tapi ambil pelancong Eropah sekali

Dalam video tersebut, kelihatan individu berkenaan mengambil seorang wanita yang didakwa sebagai kakaknya di lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun, dia yang memandu kereta jenis Honday City itu turut membawa bersamanya dua pelancong warga Eropah.

Ketika ditegur oleh lelaki itu, warga asing terbabit seolah-olah tidak memahami soalan yang diajukan dan berpura-pura seakan dirinya sedang sibuk.

“Kenapa mereka berani mengambil penumpang walaupun sudah ditegur? Nampak jelas di sini mereka berani kerana sudah besar kepala.

“Dia (warga asing) buat-buat tak faham bahasa Inggeris. Selagi JPJ tidak serius untuk membanteras aktiviti ini, makin teruk jadinya. Dia buat macam Malaysia tiada undang-undang,” tulis dalam video.

@izamteksi PREBET SAPU WARGA ASING ARAB MAKIN BERANI LANGGAR UNDANG-UNDANG MALAYSIA. JPJ MALAYSIA TOLONG BERTINDAK SEGERA. @KAMALTEKSI @Jabatan Imigresen Malaysia @JPJMalaysia #wargaasing #prebetsapu #jpj #teksi #imigresenmalaysia ♬ bunyi asal – IZAM TEKSI