Tular Dakwaan Pasport Palsu ‘Lolos’ Di KLIA2, JIM Jalankan Siasatan

LocalPolitics
26 Nov 2025 • 4:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan dua warga asing yang mendakwa menggunakan pasport palsu namun berjaya melepasi pemeriksaan sebelum menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan pekerja yang berada di hadapan kaunter sedang membuat imbasan tiket. Pekerja lelaki itu kemudiannya menyerahkan pasport dan tiket berkenaan kepada pihak kaunter untuk membuat semakan.

Turut kelihatan dua wanita yang berada di kaunter sama sedang membuat pemeriksaan pasport menggunakan alatan khas sebelum membenarkan penumpang lain yang sedang beratur menaiki pesawat.

Sebaik selesai, warga asing itu kemudian mendapat semula pasport miliknya dan mendakwa dia tidak menyangka pasport palsu itu berjaya melepasi pemeriksaan.

@usa_warm98

My fake passport will pass her test ??? #travel #kualalumpur

♬ original sound – usa_warm98

JIM jalankan siasatan dakwaan pasport palsu berjaya lepasi pemeriksaan di KLIA2

Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah bertindak membuka siatan mengenai dakwaan tersebut.

Jelas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban JIM sedang meneliti dakwaan terbabit dari berbagai-bagai aspek untuk memastikan kesahihan maklumat yang tular tersebut.

“Setakat ini JIM belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai isu tersebut. Kami sedang mengesan pemilik akaun TikTok yang memuat naik dakwaan itu. Tidak mustahil petugas syarikat penerbangan yang kelihatan dalam video tersebut turut dipanggil untuk membantu siasatan,” ujarnya, lapor Kosmo.

JIM pandang serius dakwaan penggunaan pasport fake, boleh datangkan keresahan masyarakat

Menurut beliau lagi, JIM turut memandang serius berhubung penularan dakwaan tersebut. Ini kerana ia boleh mendatangkan keresahan masyarakat, khususnya melibatkan aspek keselamatan pintu masuk negara.

Beliau dalam masa sama menggesa individu mahupun pihak yang mempunyai sebarang maklumat tambahan bagi menyalurkannya kepada JIM untuk melancarkan siasatan.

View Original Article