Selepas isu pakaian menyerupai ahli kumpulan perkauman Ku Klux Klan (KKK) oleh pelajar UiTM menjadi tular dan dijelaskan sebagai tugasan akademik, tular pula dakwaan bahawa pelajar yang mendedahkan isu tersebut kini dihalang keluar dari kampus.
Menurut laporan Fajar Baru MY di platform X, sumber dalaman memaklumkan bahawa pelajar yang bertindak membongkar isu berkenaan bersama beberapa rakannya didakwa telah dihalang meninggalkan kampus UiTM Dengkil atas arahan pihak pengurusan universiti. Dakwaan ini turut disahkan oleh beberapa pelajar lain yang dipercayai rapat dengan mereka.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh UiTM bagi menjawab dakwaan tersebut.
- Pelajar persoal larangan solekan dan shawl masa jamuan raya, dikecam netizen
- JMB papar tungggakan yuran penyelenggaraan pemilik kondominium raih perhatian
- ‘Malaysia dapat kelulusan eksport buah kelapa segar ke China’ – Mohamad Sabu
- Tarif baharu AS: Harga barangan di Temu, Shein dijangka naik mulai 25 April
- Sidang Kemuncak ASEAN: Cadangan pelaksanaan kerja dari rumah, PdPR akan dibentang di Kabinet
Dalam pada itu, pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengecam tindakan itu dan menganggapnya sebagai pencabulan hak pelajar.
“Dihalang keluar dari kampus? Itu dah kira penc***kan! Polis patut campur tangan dalam hal ini,” tulis seorang netizen.
Ada juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai penindasan terhadap keberanian pelajar yang tampil mendedahkan isu sensitif demi kebaikan bersama.
Malah, beberapa pihak turut menggesa agar Menteri Pendidikan Tinggi serta Menteri Dalam Negeri menyiasat perkara ini secara telus dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kuasa.
UiTM sebelum ini menjelaskan bahawa tugasan tersebut bertujuan memberi pendedahan akademik kepada pelajar, namun insiden ini terus mencetuskan kontroversi apabila pelajar yang tampil membongkarkan perkara tersebut pula didakwa menjadi mangsa tekanan dalaman.
The post Tular dakwaan pelajar UiTM tidak dibenarkan keluar kampus selepas kongsi video KKK? appeared first on The Reporter.



