Tular Di Amerika Dakwaan Rapper Terkenal ‘Tupac Shakur’ Masih Hidup Kini Menetap Di Malaysia

18 Oct 2022 • 8:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lagenda hiphop masih hidup?

Tular Di Amerika Dakwaan Rapper Terkenal ‘Tupac Shakur’ Masih Hidup Kini Menetap Di Malaysia. Setelah 26 tahun industri muzik antarabangsa digemparkan dengan kematian Tupac Shakur, kini timbul pelbagai spekulasi dan konspirasi katanya penyanyi rap itu masih hidup.

Terdahulu, Tupac telah mati dibunuh pada tahun 1996 sewaktu dalam perjalanan menyaksikan perlawanan tinju antara Mike Tyson dan Bruce Seldon di Las Vegas namun ditembak oleh pemandu yang tak dikenali.

Lapor Lad Bible, pada 2018 anak kepada penerbit muzik, Suge J. Knight pernah bekerjasama dengan rapper lagenda itu dan mendakwa Tupac masih hidup dan kini menetap di Malaysia.

image is not available
Tular Di Amerika Dakwaan Rapper Terkenal ‘Tupac Shakur’ Masih Hidup Kini Menetap Di Malaysia

Katanya kini berada di Malaysia

Knight Jr. menerusi dakwaannya menyatakan bahawa Tupac sebenarnya masih hidup kemudian menyiarkan beberapa teks untuk menyokong dakwaan itu.

Dia turut menyiarkan foto Tupac bersama pemuzik hiphop terkenal seperti 50 Cent dan Beyonce, lalu dia juga memberitahu pengikutnya bahawa Tupac kini tinggal di Malaysia.

Knight Jr. sekali lagi pada 2019 mempertahankan dakwaan itu dan memuat naik satu dakwaan bahawa Tupac telah kembali ke studio dengan hasil muzik baharu pada masa akan datang.

image is not available
Anak Suge Knight mendakwa Tupac masih hidup. Kredit foto: LadBible

Tupac atau nama sebanarnya Tupac Amaru Shakur, dilahirkan di Lesane parish Crooks pada 16 Jun 1971. Dikenali sebagai 2Pac atau Makaveli, beliau dianggap sebagai penyanyi hihop paling berpengaruh sepanjang zaman.

Sehingga kini, masih tiada bukti kukuh mengatakan Tupac masih hidup yang kini menetap di malaysia seperti didakwa oleh Knight Jr.

Cuti dah dekat, jom checkout tempat menarik di sekitar Kuching: