Tular Di TikTok, Lamborghini Huracán Johan Ghazali Curi Tumpuan Netizen

3 Oct 2024 • 12:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Kereta Jojo ke tu?’, Johan Ghazali muncul dengan Lamborghini di laman TikTok ERA raih perhatian ramai

Tular Di TikTok, Lamborghini Huracán Johan Ghazali Curi Tumpuan Netizen. Pada April tahun lepas, Johan Ghazali, seorang atlet Muay Thai ONE Championship, telah berkongsi video dia bersama kereta Lamborghini Huracán kuning dengan keterangan “InshaAllah satu hari nanti”.

Baru-baru ini, Johan atau Jojo dilihat memandu sebuah Lamborghini Huracán biru semasa meninggalkan kawasan Astro di Bukit Jalil. Walaupun rakaman itu hanya menunjukkan sebahagian pintu kereta, ia tetap menarik perhatian ramai.

image is not available
Sumber foto: TikTok Era. Tular Di TikTok, Lamborghini Huracán Johan Ghazali Curi Tumpuan Netizen

Menerusi perkongsian di TikTok @Era, rata-rata netizen terkejut melihat Jojo memandu kereta mewah tersebut. Mereka mengucapkan tahniah dan turut berbangga kerana Jojo berjaya memiliki kereta idamannya pada usia yang masih muda.

image is not available
Komen netizen di laman TikTok Era

Sebelum ini, Khabib Nurmagomedov, seorang legenda UFC dunia, telah menjemput Johan Ghazali untuk berlatih di gimnasiumnya di Dagestan, Rusia, sekiranya Johan berminat untuk beralih ke bidang MMA (seni bela diri campuran).

Jemputan ini dibuat semasa acara ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’ di Kuala Lumpur, selepas Jojo menyatakan hasratnya untuk menceburi bidang MMA, menurut laporan media tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan: