Tular Duit Palsu, Peniaga Dari Lundu Luah Rasa Sedih Dan Gesa Orang Ramai Untuk Berwaspada

25 Oct 2022 • 6:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kasihan kepada peniaga-peniaga yang mencari rezeki yang halal tetapi menerima wang palsu.

Tular Duit Palsu, Peniaga Dari Lundu Luah Rasa Sedih Dan Gesa Orang Ramai Untuk Berwaspada. Seorang wanita dari Lundu meluahkan rasa terkejut apabila dirinya bertindak untuk periksa beg duitnya setelah melihat beberapa kongsian di Facebook berkenaan dengan isu duit palsu yang tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran milik Shapyla Hj Salaba bahawa dirinya mendapati sekeping wang kertas bernilai RM20 terlihat seperti duit palsu.

image is not available
Tular Duit Palsu, Peniaga Dari Lundu Luah Rasa Sedih Dan Gesa Orang Ramai Untuk Berwaspada. Sumber: FB Shapyla Hj Salaba

Kebanyakan wang palsu adalah dalam bentuk nilai RM20

Dalam perkongsian tersebut, dilihat beberapa gambar turut disertakan dari mangsa-mangsa yang terkena duit palsu tersebut. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi Shapyla, beberapa keping wang kertas bernilai RM20 mempunyai cetakan no siri yang sama, selain ink yang dicetak pada wang kertas telah luntur.

Kecoh harini dengan duit palsu, aku pun pergila bukak dompet nak periksa jugak.. Sekali tengok.. Nahh kauu.. kena jugak.. Apalah nasib peniaga-peniaga kecil macam kami ni”

FB Shapyla Hj Salaba

https://www.facebook.com/hafizieyla/posts/pfbid02sNxESa4PJgSn47vwuFxWfVrqmRgtMrQ3RtLvQMSgXmEh3LEsstdGCsXz2A2pQqkSl

Jelas Shapyla menerusi kapsyen nya, dirinya dapat tahu bahawa wang kertas di dalam dompetnya adalah palsu apabila tiada perubahan pada jalur holografik pada wang kertasnya.

image is not available
Sumber: FB Shapyla Hj Salaba

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut prihatin terhadap dirinya. Ada juga yang menyatakan bahawa wang kertas RM20 sering menjadi wang palsu. Kasihan kepada peniaga-peniaga yang mencari rezeki yang halal tetapi menerima wang palsu.

image is not available
Sumber: FB Shapyla Hj Salaba

Bahaya nya.. dah meluas dah duit palsu tu.. lagi-lagi macam kita ni yang berjual barang.. Duit pun kita terima je, bukan perasan ori atau palsu”

Dah berjual ni bukan dapat perasan duit ori atau tak ori, adeh. Harap lepas ni kena hati-hati juga lah”

image is not available
Sumber: FB Shapyla Hj Salaba

Luah rasa sedih menerusi hantaran tersebut, Shapyla turut gesa orang ramai untuk berhati-hati dalam menerima wang tunai dari sesiapa sahaja.

Apapun, hati-hati guys.. perhati betul-betul duit korang kalau ada yang nak bayar.. Boleh lihat, no sirinya semua sama”

Ketahui juga modus operandi tipu guna wang palsu. Baca di bawah: