Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ino

LocalCars
29 Nov 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Halaman Facebook salah satu pengedar Perodua  mengesahkan bahawa kenderaan elektrik pertama Perodua akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

Tertera kapsyen You're invited to offcial launch the new Perodua EV, Monday 1 Disember 2025 at 11 a.m," tulisnya.

Selain itu, tertera gambar yang memaparkan siluet sebuah kereta tetapi dalam bayangan hitam.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempromosikan model kenderaan elektrik (EV)keluaran Perodua itu ketika lawatan kerja sempena menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan

Apa yang diketahui setakat ini ialah  Perodua membangunkan EV ini sepenuhnya melalui kerjasama pasukan tempatan. 

Bagaimanapun, komponen utama seperti motor pacuan dan bateri masih dibekalkan oleh CATL, syarikat pengeluar bateri terkemuka dunia yang terletak di China.

EV pertama Perodua ini akan dijual sekitar  RM80,000, sekali gus menjadikannya pesaing rapat kepada Proton e.MAS 5 dan Proton e.MAS 7.