Tular Fasiliti Di Putrajaya Tak Terurus, Hannah Yeoh Ingatkan PBT Jangan Tunggu Viral Baru Bertindak [Video]

LocalPolitics
19 Jun 2026 • 1:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Fasiliti Di Putrajaya Tak Terurus, Hannah Yeoh Ingatkan PBT Jangan Tunggu Viral Baru Bertindak [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memberi peringatan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memastikan aspek penyelenggaraan, kebersihan serta keselamatan sentiasa diberi perhatian berterusan dan bukannya menunggu ada pihak menularkan isu tersebut baru mahu mengambil tindakan susulan.

Beliau berkata demikian selepas ada tular video fasiliti dan keadaan sekitar Putrajaya yang didakwa tidak terurus termasuklah kerosakan lif.

PPj Telah Turun Padang & Laksana Kerja Pembaikan

Ambil maklum aduan itu, Hannah berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil tindakan segera iaitu dengan turun padang dan melaksanakan beberapa kerja penambahbaikan.

Tambahnya, beliau juga sudah berbincang bersama PPj tentang dakwaan keadaan di Putrajaya semakin kotor selain kemudahan awam yang uzur.

Hannah Minta PBT Turun Padang, Selesaikan Isu Kebersihan & Keselamatan

Hannah menegaskan bahawa isu kebersihan dan keselamatan perlulah menjadi keutamaan PBT.

Putrajaya merupakan hab pelancongan. Jadi Perbadanan Putrajaya, pimpinan mereka telah turun (padang) dan laksanakan sedikit pembaikan. Tetapi, untuk masa hadapan, dari segi isu penyelenggaraan ini, saya rasa semua PBT (perlu ambil perhatian). Isu penyelenggaraan terutama (lokasi) yang ramai pelancong datang, tak ada alasan untuk isu kebersihan dan yang keduanya isu keselamatan. Jadi saya minta (PBT) kerap turun padang untuk pantau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh

Penyelenggaraan Harian Perlu Dilakukan Secara Konsisten

Tegas menteri itu, sebarang permasalahan membabitkan aspek penyelenggaraan harian atau ‘housekeeping’ sepatutnya diselesaikan secara konsisten dan bukannya hanya selepas sesuatu isu viral dan mendapat perhatian di platform media sosial.

Hannah Turut Pesan Netizen Patut Bijak Teliti Video Tular

Sementara itu, Hannah juga mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak menilai sesuatu isu yang tersebar di media sosial. Hal ini kerana jelasnya, video viral sering memaparkan sebahagian kecil daripada situasi sebenar yang berlaku.

“Untuk pengguna media sosial, mereka kena selalu tahu ada banyak sudut dan aspek yang mereka kena teliti sebelum viralkan isu-isu. Sekarang ini semua orang boleh jadi wartawan, tetapi info dan fakta yang diberikan mungkin hanya 10%.

“Di Kuala Lumpur kita ada berjuta penduduk. Setiap isu (yang tular) itu, ada beberapa pandangan yang kita kena dengar, bukan saja isu pembuat video itu. Jadi pengguna media sosial kena bijak dan kena pandai menilai,” nasihatnya.

Tangga Kotor, Tiang Roboh Di Dataran Putrajaya

Sebelum ini, aktivis dan influencer, Carlos Najmul Basri menerusi sebuah video ada menunjukkan keadaan Dataran Putra (Putra Square), Putrajaya yang didakwa tidak terurus sehingga mampu membawa imej buruk terhadap kawasan pelancongan negara.

Dalam hantaran itu, Carlos turut berkongsi keadaan tangga di kawasan itu yang kotor dan dipenuhi lumut selain terdapat tahi kucing di tengah-tengah laluan.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan sebuah tiang tumbang yang sudah ‘tersadai’ di lantai dataran itu yang dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

@yb_carlosbasri YB.. X CANTIK… PERLU PERHATIAN PIHAK WAJIB… #highlight #tourism ♬ original sound – YB Carlos

Tonton video penuh [DI SINI].

Masa Diambil Untuk Perbaiki Lif Terlampau Lama, Tak Logik – Carlos

Dalam video berasingan, Carlos mendakwa lif di sana sering kali rosak dan ianya sudah berlarutan sejak Januari lalu.

“Pokok pangkalnya, enam bulan adalah satu jangka masa, dalam satu zaman yang moden dengan teknologi, begitu lama untuk diperbaiki.

“Timbulnya masalah di sini, banyak aduan dari pelancong-pelancong, pemandu pelancong dan orang tempatan. Yelah, masa diambil terlalu lama, tak logik,” dakwanya.

@yb_carlosbasri YB… ROSAK BERBULAN… TIADA KESUDAHAN… #highlight #tourism ♬ original sound – YB Carlos

Tonton video penuh [DI SINI].

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved