
Tular Fenomena Tiang Cahaya Hiasi Langit Bintulu
Terdapat pelbagai fenomena alam yang berlaku di dunia ini dan ada sesetengahnya dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Ia merupakan sesuatu yang menakjubkan.
Sama seperti fenomena tiang cahaya (light pillars) yang berlaku di Sarawak pada Isnin.
Menerusi kiriman di media sosial, warga Bintulu di Sarawak berkongsi gambar dan video yang memaparkan fenomena terbabit.
Kejadian itu dapat dilihat sekitar jam 9 malam tadi.
https://www.facebook.com/nam.din.94/videos/2092575667934351
https://www.facebook.com/reel/1675170949828618
@ateyhafiyzan Light Pillar Bintulu 25/08/25 08:55pm
@kuchingking1 Rare Light Pillars in Bintulu Sky! Netizens in Bintulu managed to capture amazing photos of light pillar phenomenon in the night sky. Truly a rare sight that left many stunned! #Bintulu #LightPillar #ViralSky #kuchingking #sarawakdaily & .
@_ifariz Light pillar di #bintulusarawak
@acieeyyyy Kali pertama tengok fenomena “Light Pillars”. Kejadian berlaku di Bintulu Sarawak. #lightpillar #fypp #sarawaktiktok
Keadaan itu menarik perhatian ramai kerana ada yang belum pernah melihatnya sebelum ini. Namun, ada juga yang menjelaskan bahawa ini merupakan fenomena biasa.
Untuk pengetahuan, tiang cahaya berlaku apabila terdapat cahaya terang di permukaan Bumi dan ia dikelilingi oleh air. Setelah itu, suhu atmosfera menjadi sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketika itu juga, suhu di permukaan bumi sangat panas.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia, pertembungan kedua-dua keadaan tersebut menyebabkan cahaya terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit.
Keadaan tersebut biasanya berlaku di kawasan kutub atau polar. Bagaimanapun, ia juga boleh berlaku di mana sahaja.
Kejadian di Bintulu pada malam tadi bukan yang pertama kali berlaku di negara ini.
Imbas kembali, fenomena itu pernah dirakam oleh sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah pada 2017. Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari.
Manakala, warga Bintulu juga pernah menyaksikan fenomena tersebut pada 16 Julai 2021.
Sumber: Media sosial, Agensi Angkasa Malaysia
The post Tular Fenomena Tiang Cahaya Hiasi Langit Bintulu appeared first on Siakap Keli.
