Tular foto sujud di puncak gunung, ini rahsia Tunku Azizah didik Tengku Hassanal sejak kecil

LocalLifestyle
17 May 2026 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular foto sujud di puncak gunung, ini rahsia Tunku Azizah didik Tengku Hassanal sejak kecil
Tular foto Tengku Hassanal sedang sujud dengan penuh tenang menghadap Yang Maha Esa.
Image from: Tular foto sujud di puncak gunung, ini rahsia Tunku Azizah didik Tengku Hassanal sejak kecil
Walaupun sibuk dengan tugas istana, soal solat dan akhlak tetap menjadi keutamaan yang paling atas buat Tunku Azizah.
Image from: Tular foto sujud di puncak gunung, ini rahsia Tunku Azizah didik Tengku Hassanal sejak kecil
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo baru-baru ini.
Image from: Tular foto sujud di puncak gunung, ini rahsia Tunku Azizah didik Tengku Hassanal sejak kecil
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo hari ini.- Foto Bernama.

DI puncak gunung yang kedinginan, berteman kabus tebal yang menyapu wajah, sekeping foto tular baru-baru ini berjaya menggetarkan jiwa sesiapa sahaja yang memandangnya.

Di atas hamparan bumi yang serba ringkas, di sebalik batu kelihatan susuk tubuh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, sedang sujud dengan penuh tenang menghadap Yang Maha Esa.

Perkongsian daripada seorang individu bernama Fadzil Aziz menerusi laman Threads miliknya, fadel_everest, sebenarnya menterjemahkan sebuah cerita, kehebatan seorang anak itu bermula daripada tangan seorang bonda yang tidak pernah leka dalam mendidik.

**media[3523447]**

Ramai yang tertanya-tanya, apakah ramuan yang digunakan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sehingga mampu membentuk keperibadian anakanda baginda yang begitu berdisiplin, merendah diri dan sangat dekat dengan denyut nadi rakyat?

Segalanya terjawab menerusi coretan pengalaman Fadzil ketika bertugas di Bera suatu ketika dahulu.

"Aku saksikan sendiri bagaimana Tunku Azizah gemar menjelajah dari satu daerah ke satu daerah.

"Setiap kunjungan bukan sekadar lawatan rasmi, tetapi baginda benar-benar mahu mendengar cerita rakyat sambil mengumpulkan resipi masakan tradisi Pahang yang cukup dekat di hati," kongsinya.

**media[3523448]**

Namun, dalam kelembutan baginda menyantuni rakyat, ada sisi tegas yang tidak boleh ditaruh galang ganti terutamanya dalam soal agama.

Fadzil mengenang kembali satu momen ketika usia Tengku Hassanal masih muda.

Tiba-tiba, kedengaran titah baginda: “Tolong panggilkan Kadi Bera, menghadap.”

Baginda kemudian menyambung dengan nada yang tegas namun sarat dengan kasih sayang seorang ibu: “Saya nak ustaz ajar anak saya mengaji dan betulkan bacaannya sementara saya dokumentasikan resipi dan memasak," tulisnya lagi.

Turun padang

Tunku Azizah juga memilih untuk tidak memanjakan anakanda dengan kemewahan, sebaliknya meletakkan disiplin, al-Quran dan adab sebagai teras kehidupan.

Walaupun sibuk dengan tugas istana, soal solat dan akhlak tetap menjadi keutamaan yang paling atas buat Tunku Azizah.

Bukan itu sahaja, anak-anak diraja ini juga sering dibawa turun padang untuk menyelami sendiri kesusahan rakyat, mendengar keluhan tanpa hijab, dan memahami realiti kehidupan sebenar.

**media[3523450]**

Daripada 'acuan' itulah lahirnya sifat empati yang tebal dalam diri Tengku Mahkota hari ini. Malah, ketegasan Tunku Azizah dalam membela nasib rakyat juga bukan rahsia; baginda pernah dikhabarkan 'murka' terhadap pegawai daerah demi memastikan urusan kebajikan rakyat tidak dipandang enteng.

Benarlah kata orang, keperibadian mulia seorang anak adalah cermin kepada ketegasan dan pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah mengenal lelah dalam membentuk insan.

Di puncak gunung itu, sujud Tengku Hassanal membuktikan bahawa setinggi mana pun kedudukan di dunia, akar agama yang ditanam sang bonda tetap menjadi pegangan yang paling utuh. - Sinarplus 

 

 

View Original Article