Tular Frozen Meat Sebenarnya Daging Kerbau, Ini Perbezaannya Dengan Daging Lembu [Video]

Food
23 Oct 2025 • 5:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Daging lembu menjadi pilihan segelintir individu kerana mengandungi jumlah protein tinggi dan sedap.

Di pasaran, pelbagai jenis daging yang ditawarkan dalam bentuk sejuk beku atau frozen, memudahkan pelanggan untuk memilih bahagian bersesuaian dengan jenis masakan.

Namun segelintir individu mungkin berasa terkejut apabila mengetahui terdapat daging sejuk beku yang dijual sebenarnya bukanlah potongan bahagian lembu.

Daging Shabu-Shabu Jenama Terkenal Bukan Lembu, Tetapi Kerbau

Terdahulu, tular di TikTok (@farz_1997) apabila seorang individu menyedari bahawa daging sejuk beku dari satu jenama terkenal sebenarnya bukanlah daging lembu seperti yang disangkakan.

Berdasarkan video yang dikongsi, dia telah membeli daging jenis shabu-shabu yang kebiasaannya dimakan bersama steamboat.

Katanya, dia menyemak bahagian label setelah menyedari terdapat bau yang kuat ketika menjamah daging tersebut.

Tertera pada ruangan label bahan-bahan bahawa daging itu sebenarnya ialah bahagian striploin kerbau tanpa tulang.

image is not available
Sumber: TikTok

@farz_1997 Dah banyak kali buat shabu2 kat rumah, ingat kan daging lembu rupanya… lain kali semak dulu lah nana oii #shabushabu #dagingshabushabu ♬ original sound – Meme Template And Sound

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Tahu Banyak Frozen Meat Sebenarnya Daging Kerbau

Menjenguk ke ruangan komen, beberapa individu termasuk seorang penyelia kedai berkata bahawa kebanyakan daging bahan beku merupakan daging kerbau.

Ada juga yang berpendapat bahawa daging yang diimport dari India selalunya daripada bahagian kerbau, manakala daging lembu pula dari Australia. Malah daging kerbau juga adalah lebih murah.

Dalam masa sama, ramai juga yang berkata bahawa mereka menggemari rasa daging kerbau yang sedikit berbeza berbanding lembu.

“Daging kerbau sedaplah. Saya mula-mula tak pernah rasa taknak juga. Bila dah rasa, syahdu. Lagi-lagi rendang kerbau,” kata seorang pengguna media sosial.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok

Daging Kerbau Ada Kandungan Protein Lebih Tinggi

Kelihatan seperti daging lembu, daging kerbau sebenarnya boleh dikatakan sebagai pilihan yang lebih sihat.

Berdasarkan maklumat di laman web Healthline, daging kerbau mempunyai kalori rendah serta protein dan zat besi lebih tinggi berbanding daging lembu.

Malah, kerbau juga mempunyai protein berkualiti tinggi dengan kesemua sembilan asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran dan pemuliharaan tubuh badan.

Selain itu, daging kerbau mengandungi zat besi, fosforus, niasin, selenium serta vitamin B6 dan B12 sama seperti lembu.

image is not available
Sumber gambar: Canva

Kandungan Lemak Tepu Daging Kerbau Kurang, Marbling Lebih Halus

Berbanding lembu, kandungan lemak dalam daging kerbau adalah sedikit kurang, menjadikannya pilihan yang lebih sihat.

Kalori dalam daging kerbau pula adalah 25% lebih sedikit berbanding lembu dengan kandungan lemak keseluruhan dan lemak tepu yang kurang.

Disebabkan oleh kandungan lemak rendah, daging kerbau mempunyai marbling yang lebih halus, menjadikannya lebih lembut.

Dari segi rupanya pula, daging kerbau kelihatan sedikit gelap berbanding daging lembu memandangkan ia mempunyai kandungan zat besi lebih tinggi.

Daging kerbau juga dikatakan mempunyai rasa yang lebih kuat dan manis dibandingkan dengan lembu.

image is not available
Sumber gambar: Red Meat Lover