Tular gambar baring di sisi pusara, pemuda akui hidup tanpa ibu terasa berat

26 Nov 2024 • 6:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sejak semalam, tular gambar seorang pemuda baring di sisi pusara ibu sehingga meruntun hati ramai selepas dikongsikan satu akaun Facebook.

Selepas gambar berkenaan menjadi perbualan, akaun TikTok pemuda terbabit telah menjadi perhatian apabila masing-masing sebak melihat konten luahan yang dibuat olehnya yang begitu terasa kehilangan insan tersayang.

image is not available

Gambar baring di sisi pusara ibu jadi bualan

Menerusi akaun TikTok abdulazim0796, dia telah mengucapkan terima kasih kepada warganet yang mendoakan serta memberikan kata-kata semangat kepadanya selepas melihat gambar yang dikongsi di Facebook Su Ahmad.

Pemuda tersebut akui bahawa hidup tanpak kehadiran ibu terasa sangat berat, namun tetap memaksa diri dan kaki untuk terus melangkah.

Gambar baring di sisi pusara sentuh hati ramai, akui hidup terasa berat

Melihat dari perkongsian-perkongsiannya di TikTok, dia sepertinya masih lagi dalam fasa bersedih memandangkan kerap meluah isi hatinya yang kehilangan insan yang cukup bermakna.

Difahamkan, ibunya telah meninggal dunia pada 7 Jun lalu, dan dia sememangnya kerap menziarahi pusara ibunya.

image is not available

Semoga terus kuat bro hadapi ujian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata akui sebak melihat situasi tersebut dan mendoakan agar pemuda berkenaan terus diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan akan datang.

Mereka akui faham dengan apa yang dirasai Abdul Azim mendoakan agar roh allahyarham ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

image is not available

Sebak tengok gambar tu

image is not available

Semoga Azim kuat & roh ibu ditempatkan dalam kalangan orang beriman

image is not available

Tak kuat, cuma kaki yang dipaksa melangkah

image is not available

 

Terdahulu, perkongsian seorang pengguna Facebook berkenaan gambar pemuda terbabit benar-benar meruntun jiwa apabila memaklumkan yang dia setiap hari datang ke pusara ibunya.

image is not available

Dia turut pernah memberitahu bahawa allahyarham ibunya merupakan peniaga nasi lemat dan meninggal dunia kerana dilanggar.

Sumber: TikTok abdulazim07, Facebook Su Ahmad