Tular Gambar CCTV Lelaki Bawa Lari Sekarton Coca-Cola Di Bintulu

12 Oct 2022 • 2:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki bawa lari sekotak Coca-Cola di Medan, Bintulu

Tular Gambar CCTV Lelaki Bawa Lari Sekarton Coca-Cola Di Bintulu. Kegunaan CCTV sememangnya sangat diperlukan untuk premis-premis perniagaan yang besar. Lebih-lebih lagi kalau ada kes kecurian, terkadang boleh dikesan melalui rakaman CCTV.

Kejadian yang sedemikian telah berlaku di sebuah premis di Medan, Bintulu dimana terlihat kelibat seorang individu lelaki membawa sekarton Coca-Cola.

image is not available
Tular Gambar CCTV Lelaki Bawa Lari Sekarton Coca-Cola Di Bintulu. Sumber gambar: FB MDS MART – MEDAN

Rakaman CCTV dari MDS Mart, lelaki baju biru bawa lari menaiki motorsikal

Difahamkan kelibat lelaki tersebut telah disedari oleh pemilik premis perniagaan MDS Mart melalui rakaman CCTV milik premis. Lelaki yang berbaju biru tersebut telah membawa lari sekarton Coca-Cola dengan menaiki motorsikal miliknya.

image is not available
Tular Gambar CCTV Lelaki Bawa Lari Sekarton Coca-Cola Di Bintulu. Sumber gambar: FB MDS MART – MEDAN

Tular dan kapsyen gambar ”Cola ini bukan free”

Bahkan, akaun Facebook MDS Mart tersebut, MDS MART -MEDAN telah berkongsi gambar rakaman CCTV dengan kapsyen “ Cola ini bukan free”

Perkongsian gambar rakaman CCTV ini juga telah menarik perhatian netizen untuk berseloroh di ruangan komen. Ada sesetengah netizen berseloroh supaya Coca-Cola tersebut dianggap sedekah sahaja.

image is not available
Tular Gambar CCTV Lelaki Bawa Lari Sekarton Coca-Cola Di Bintulu. Sumber gambar: FB MDS MART – MEDAN

Kes kecurian ini sememangnya berlaku jika adanya kesempatan. Kalau ye pun nak mencuri, janganlah satu karton tu dengan slamber je bawa lari, bang.

Boleh baca cerita menarik yang lain di artikel yang berikut: