Tular Gambar Pelupusan Beras & Barang Dapur Di Temerloh Pahang, Bekas MP Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

19 Apr 2024 • 2:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said mengakui dirinya bertanggungjawab atas kejadian pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang yang tular semalam.

Stok simpanan untuk orang ramai

Memetik laporan Berita Harian, Ismail menjelaskan beras dan barangan dapur berkenaan merupakan stok simpanan yang diperuntukkan untuk orang awam ketika dirinya menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Namun begitu, ketika tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2022 dan tempoh berkempen tersebut, tidak dibolehkan mana-mana pihak untuk memberi sebarang pemberian barangan kepada orang ramai.

Pembelian barangan dapur ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang.

image is not available

Barangan telah dicemari

Selain itu, bekas ahli parlimen itu juga berkata pada 5 April lalu, pihaknya telah menerima aduan daripada jiran mengatakan terdapat bau busuk berpunca dari stor simpanan barangan tersebut.

Selepas disiasat, pihaknya mendapat terdapat bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk dan kutu beras.

Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.

 

Sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan.

Terdahulu, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah yang mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen.

image is not available 1 day ago

Puluhan Kampit Beras & Sardin Dibakar, Didakwa Dilakukan Oleh Ahli Politik Tewas PRU15