Tular geng trader hidup mewah naik pesawat, ‘pilot’ selidik rupanya tak terbang pun

27 Jun 2023 • 11:13 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan golongan usahawan membabitkan pelaburan saham atau ‘trader’ mengajak orang ramai bagi mengetahui cara menjana pendapatan sebanyak satu juta dalam tempoh enam bulan.

Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki dilihat menaiki sebuah jet peribadi ke Pulau Pinang bagi menjayakan program itu sambil diringi rakan yang masing-masing memiliki kereta mewah dipercayai di Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Terbaru, seorang juruterbang ada menonton video berkenaan sebelum mendedahkan bahawa pesawat itu tidak bergerak terbang di udara sebaliknya hanya keluar masuk dalam kawasan landasan.

Menerusi akaun @mrturboprop di aplikasi TikTpk, juruterbang terbabit turut menyelidik secara terperinci tentang pesawat itu melalui perkhidmatan Flightradar24 bagi mengesan maklumat penerbangan.

“Abang nak periksa jap kapal adik ni.. N888FJ. Jom kita usha jap dekat flight radar. Pergh lawalah challenger, berjuta-juta kapal ni. Tengok jap bila penerbangan terakhir, 21 Februari eh.

“Jumpa kat Pulau Pinang.. kau buat apa tu? Kata nak pergi Pulau Pinang (memeriksa pergerakan pesawat),” katanya berbaur sindiran.

Susulan pendedahan tersebut, ramai dalam kalangan netizen memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen yang rata-rata hanya mampu ketawa sebaik mengetahui perkara sebenar.

Entah-entah kereta pun sewa?

image is not available

Sikit-sikit dah bang, awek dia tengok nanti

image is not available

Kelakar! Kantoi dengan kapten

image is not available

Sewa untuk konten je?

image is not available

Pesawat keluar masuk je, pemilik boleh buat duit

image is not available

Terdahulu, seorang individu menggunakan akaun @user_error2021 mendakwa pesawat sama turut digunakan oleh beberapa golongan usahawan lain termasuk pengasas produk.

Bahagian satu

@user_error2021

KANTOI…Fighter la sangat..sewa kapal terbang sama2 lpastu rmai2 shoot, dah la kapal terbang tu xterbang pun…lg 1 yg pegi mall space u8 tu buat ape? Dlm tu ade mr diy je

♬ original sound – Unknown – Kaki Komen

Bahagian dua

@user_error2021

Replying to @hisukeeeeᡕᠵ᠊ᡃ່࡚ࠢ࠘ ⸝່ࠡࠣ᠊߯᠆ࠣ࠘ᡁࠣ࠘ founder produk pun sama je sewa aircraft yg sama utk shoot buat marketing…terbang nye xpun..

♬ original sound – Unknown – Kaki Komen

Sumber: TikTok @mrturboprop & @user_error2021