Tular Hatyai Dilanda Banjir, Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

LocalTravel
22 Nov 2025 • 10:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Hatyai Dilanda Banjir, Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai, Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi mengenai keadaan banjir itu di media sosial.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang terkandas di hotel di sana.

@watie_yaacob

Keadaan terkini di Hatyai image is not available kami mmg terkandas dah, so sesiapa yg ada niat utk ke sini mohon batalkan… #hatyaibanjir #thailandimage is not available #fypppppppppppppp #foryoupage #fyp

♬ suara asli – putra Altaf image is not available – putra Altaf image is not available

@lqmnhsn

21/11/2025 setakat pukul 11.15 malam, Bandar Hatyai hampir lumpuh, air dah mula naik lepas hujan lebat 2 hari non stop #HatYai #Banjir #TravelAlert #fypシ゚viral #leegardenhatyaiwalkingstreet

♬ Shadows of Suspense – Adauto Assis

@deeba_bari

Current situation mlm ni air naik laju sgt. Nak balik Malaysia sumpahh!! Dgn bawak anak2 ni Ya Allah. Please hampa yg mana plan nak mai Hatyai, pospond dulu. Dapat alert heavy rain + flood image is not availableimage is not availableimage is not available

♬ Saleem_Antara hujan dan airmata – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂

@travelthai.my

Keadaan di Hatyai sekarangimage is not available Berhati-hati klau nk ke Thailand sekarang musim banjir. Sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. In shaa Allah banjir ni tak lama. apa-apa kita akan update keadaan semasa di sana. #banjirhatyai #hatyai #insuransthailand #travelthaimy #insuranstakaful

♬ original sound – Insurans image is not available by TravelThai.MY – Insurans image is not available by TravelThai.MY

@baseemaelhaura

perkongsian dari rakyat Malaysia yg bercuti di Hatyai,banjir dan mereka terkepung kat sana,moga dipermudahkan segala urusan sumber thread #banjir #hatyai #4u #4upage #fyppp

♬ Hard News – DM Production

@maslianaazmi

Banjir tahun ini lagi teruk dari tahun lepas depa kata image is not availableimage is not available nak tour Hatyai pon tak boleh dah ni.. Majlis Perbandaran maklum kata air akan surut hari ini tapi masih hujan lagi di sana Semoga yang berada di sana baik2 sahaja image is not available #hatyai #hatyaibanjir

♬ เสียงต้นฉบับ – คณะเอวีรูม Official – คณะเอวีรูม Official

@kekasihallah1502

Replying to @matEver Semoga dipermudahkan urusan semua rakyat Malaysia yang sangkut banjir Hatyai.Bg kak kalini paling teruk sebab biasanya dlm town air tak naik tinggi macam kalini.Kalau hatyai air surut tapi Sadao tak boleh lalu pun tak dapat balik juga.Sebab area Sadao kalau banjir memang tenggelam.Situ kawasan rendah.Dalam hatyai ni biasanya banjir kilat saja.@MiraMikhail@akak Trip #travelinfo #miramikhailtripimage is not available #kekasihallah1502 #miramikhail #tripmiramikhail

♬ original sound – KekasihAllah1502 – KekasihAllah1502

 

Menurut Bangkok Post pada Jumaat, selain Hatyai, daerah lain di wilayah Songkhla yang terjejas akibat bencana itu ialah Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin dan Sathing Phra.

Wilayah itu telah mengisytiharkan zon bencana kecemasan di daerah tersebut.

Selain itu, hampir 18,000 isi rumah terjejas akibat kejadian terbabit. Namun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Gabenor Songkhla, Ratthasart Chidchoo mengarahkan semua 16 ketua daerah untuk menyelaras dengan pejabat lebuh raya tempatan bagi memasang tanda amaran dan kon lalu lintas.

BACA: Tiga Jajahan Di Kelantan Diramal Banjir Bermula Semalam Hingga 26 Nov – JPS

Mereka juga perlu meminta pam air tambahan daripada organisasi pentadbiran tempatan, pejabat pencegahan dan mitigasi bencana dan agensi pengairan untuk mengalirkan air banjir dan membuka semula jalan secepat mungkin.

Sekiranya paras air kekal tinggi, pihak berkuasa daerah diminta menasihatkan pemandu supaya menggunakan laluan alternatif untuk keselamatan.

Sehingga Jumaat, keadaan banjir kekal kritikal apabila hujan berterusan di beberapa kawasan, meningkatkan paras air di sungai dan terusan.

Sumber: TikTok. Bangkok Post

The post Tular Hatyai Dilanda Banjir, Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana appeared first on Siakap Keli.