Tular Honda Civic Diarah Undur Ke Belakang Selepas Cucuk Rapat, Didakwa Cuba Elak Bayar Tol [Video]

Cars
16 Apr 2024 • 12:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tidak dinafikan, sehingga kini masih ada pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab cuba mengelak daripada membayar caj tol yang dikenakan di atas lebuh raya.

Sikap sedemikian mendapat kecaman ramai kerana ia dilihat sebagai sesuatu tindakan yang mementingkan diri serta tidak adil terhadap pengguna lebuh raya yang lain.

Modus operandi yang digunakan oleh golongan sebegini kebiasaannya akan mencucuk kenderaan lain dihadapan secara rapat agar palang tol tidak tertutup semasa mereka melaluinya tanpa perlu dikenakan caj.

Tular Honda Civic follow rapat kereta di hadapan semasa di plaza tol

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kenderaan cuba mengikuti rapat kereta di hadapan semasa berada di plaza tol sebuah lebuh raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @jackcustom1, kelihatan kereta itu merupakan jenis Honda Civic (Civic Ketam) berwarna putih.

Pemandu di hadapan perasan, sempat berhenti dan arah undur ke belakang

Bagaimanapun, tindakan pemandu Civic berkenaan berjaya dikesan oleh seorang lelaki dipercayai pemandu kenderaan di hadapan yang juga pemilik video.

Susulan itu, lelaki terbabit bertindak memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan agar pemandu Civic itu mengundurkan kereta.

Pemandu Civic itu akhirnya akur dengan mengundurkan kenderaannya agar palang dapat ditutup sebelum dia melepasinya.

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video mendakwa tindakan itu dilakukan oleh pemandu berkenaan kerana ingin mengelak daripada membayar tol. Malah kebanyakan netizen yang menonton video tular itu juga memberi pendapat yang sama.

“Nak free (percuma) je dia (pemandu Civic) ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Netizen pakat kecam pemandu Civic

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Civic itu kerana dipercayai cuba mengelak daripada membayar tol.

Tidak hanya itu, ramai juga yang mempersoal mengapa tindakan sedemikian kebanyakannya dilakukan oleh pemandu Honda memangdangkan sebelum ini banyak tular video-video membabitkan pemilik kenderaan dari Jepun itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Source: