
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Runtun hati melihat video tular memaparkan janin bayi yang cukup sifat ditemukan dalam longgokan sampah.
Mana tidaknya, di saat pasangan suami isteri lain sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, ada pula individu yang sesuka melakukan bayi dengan sedemikian rupa.
Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial, kejadian berkenaan berlaku di sebuah kawasan di Bukit Jalil, Cheras, Kuala Lumpur semalam (11 Disember).
Pekerja Alam Flora jumpa janin bayi ketika punggah sampah ke dalam lori
Dalam video terbabit, kelihatan jelas janin bayi itu ditemui dalam sebuah lori sampah dalam keadaan yang menyayat hati.
Difahamkan, seorang pekerja syarikat Alam Flora menemui janin bayi lelaki itu ketika sedang memunggah sampah ke dalam lori sekitar jam 12.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki itu kemudiannya membuat laporan mengenai penemuan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Polis jalankan siasatan, minta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil
Susulan itu, Aidil berkata pihaknya kini sedang melakukan siasatan berhubung kejadian terbabit di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis Cheras mengesahkan telah menerima laporan mengenai janin bayi yang dijumpai di dalam sebuah lori sampah,” katanya dipetik Malaysia Gazette.
Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang berlaku boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Elfi di talian +601110048773 atau disalurkan kepada Hotline Polis Daerah Cheras di talian 0392845050, Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana Balai Polis yang berhampira,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Di JB Ditahan, Dipercayai Buang Bayi Bertali Pusat Ke Dalam Parit
Baca Artikel Berkaitan: Belum Sampai Setahun, Wanita Ulangi Perbuatan ‘Buang’ Bayi Di Hospital

