
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali melalui jalan raya atau lebuh raya, pasti kita akan melihat papan-papan iklan yang mengiklankan pelbagai produk atau mempromosikan sesuatu servis perniagaan.
Papan iklan atau ‘billboard’ ini boleh ditemui lebih banyak di sekitar kawasan Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur.
Billboard ini berfungsi sebagai salah satu teknik pemasaran produk di mana pengguna jalan raya boleh melihat setiap iklan-iklan yang dipaparkan.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Cadang Papan Iklan Guna Bahasa Melayu Formal Bukan ‘Slang’ Johor Buat Ramai Tak Setuju
Tular kain rentang billboard terbang dan jatuh
Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan kain rentang gergasi dari sebuah papan iklan di sebuah lebuh raya terjatuh.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @heavanessa, kejadian itu didakwa berlaku semalam (7 Julai) pada jam 5.25 petang di Lebuhraya Persekutuan.
Dakwa pemilik video, insiden terbabit berjaya dirakam dengan menggunakan rakaman papan pemuka (dashcam) yang dipasang pada kenderaannya.
Dakwa kain rentang jatuh atas kereta di lebuh raya
Dalam video sama, turut kelihatan kain rentang yang memaparkan iklan dari jenama minuman terkenal itu jatuh di atas sebuah kereta yang sedang bergerak di lebuh raya terbabit.
@heavanessa 7 July 2025 @ 5.25pm. Federal Highway. Milo billboard flew and fell on a moving car. Footage from my dash cam #FederalHighway #Billboard #MiloBillboard #Milo ♬ original sound – Heavanessa
“7 Julai 2025 pada jam 5.25 petang di Lebuhraya Persekutuan. (kain rentang) papan tanda M*lo terbang dan terjatuh atas kereta yang sedang bergerak. Rakaman diambil dari dashcam saya,” tulisnya di kapsyen.
Beberapa portal seperti TV Alhijrah dan Utusan TV turut berkongsikan rakaman sama di media sosial.
Bagaimanapun, pada ketika ini, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian itu dari pihak berkuasa dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Netizen beri pelbagai reaksi
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.
Ada yang meminta agar pemilik kereta yang dihempap kain rentang itu mengambil tindakan saman.
Pun begitu, tidak kurang juga segelintir netizen yang pada awalnya menyangka bahawa video terbabit hanyalah ciptaan kecerdasan buatan (AI) sahaja.





