Tular kajian universiti analisis bahasa ‘merendah diri’ Vivy Yusof di media sosial

LocalEntertainment
2 Nov 2024 • 6:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tular kajian universiti

Sejak namanya menjadi sebutan beberapa hari kebelakangan ini, tular kajian universiti analisis bahasa ‘merendah diri’ Vivy Yusof di media sosial yang dilakukan beberapa tahun lalu oleh warga sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna X dikenali sebagai bukhariramli, dia telah memuat naik tangkapan layar kajian tersebut yang menyebut nama Datin Vivy Sofinas Yusof sebagai individu rujukan.

image is not available

Tular kajian universiti mengaitkan nama Vivy Yusof

Difahamkan, kajian linguistik berkenaan bertajuk ‘An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media’ dan telah dibuat pada 2021 dari sebuah universiti tempatan Malaysia.

Hasil kajian itu juga mempunyai 10 muka surat dan telah ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh individu dipercayai tenaga pengajar di universiti terbabit.

image is not available

Tular kajian universiti melibatkan perlakuan usahawan terbabit di media sosial

Dapatan dari hasil kajian penulis juga mendapati bahawa sebanyak 17 humblebrags berasaskan rungutan telah dikenal pasti daripada dua video YouTube terpilih serta 17 siaran Instagram, dan 14 humblebrags berasaskan kerendahan hati telah dikesan.

image is not available

Kajian tersebut telah tular di media sosial serta boleh dibaca oleh orang awam apabila ada pihak yang meninggalkan pautandapatan kajian yang diperoleh dari analisis tersebut.

Perkongsian berkenaan telah menuai pelbagai maklum balas daripada netizen memandangkan nama usahawan terbabit beserta suami sedang hangat diperkatakan ketika ini.

image is not available

Sekadar info, Vivy Yusof dan suami Datuk Fadzaruddin Shah Anuar telah menjadi topik utama perbincangan di media sosial selepas kegagalan pelaburan dengan jumlah RM43.9 juta melibatkan penjualan saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menerusi syarikat kendalian mereka, FashionValet Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, Vivy dan suami telah membuat satu kenyataan di media sosial dengan mengambil tanggunjawab penuh diatas kerugian berkenaan dan mengambil keputusan untuk meletak jawatan dari syarikat e-dagang berkenaan.

Sumber: X bukhariramli