Tular Kamera “Dashcam” Berjaya Rakam Kereta Melambung & Terhempas Langgar Tayar Sesat

Cars
28 Mar 2023 • 2:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Kamera “Dashcam” Berjaya Rakam Kereta Melambung & Terhempas Langgar Tayar Sesat

Satu video rakaman ‘dashcam’ berjaya merakam detik ngeri sebuah kenderaan melambung ke udara dan berpusing akibat terlanggar tayar sebuah trak pikap bersebelahannya yang tercabut ketika melalui lebuh raya California.

Insiden itu berjaya dirakam oleh kamera ‘dashcam’ sebuah kereta Tesla pada Khamis lalu di Lebuhraya 118 di Chatsworh.

Video itu menunjukkan kereta hatchback Kia Soul berwarna gelap sedang menghampiri trak pikap Chevy Silverado berwarna putih dalam perjalanan di lorong tengah.

image is not available
Kredit Anoop Khatra via Twitter

Tidak semena-mena, tayar kiri hadapan trak Chevy tersebut secara tiba-tiba tercabut sebelum bergerak terus ke laluan kereta Kia tersebut.

Kereta Kia itu dapat dilihat tidak sempat untuk mengelak sebelum akhirnya terlambung ke udara sebelum terhempas akibat terlanggar tayar berkenaan..

image is not available
Kredit Anoop Khatra via Twitter

Hentakan kuat itu telah menyebabkan serpihan dari Kia yang rosak teruk bertaburan di lorong lebuh raya tersebut.

Tayar trak yang menyebabkan kemalangan itu terus berputar sebelum merempuh Kia yang malang itu sekali lagi. Tayar itu akhirnya berhenti dari berputar selepas menghentam Kia tersebut.

image is not available
Kredit Anoop Khatra via Twitter

Pemandu tidak mengalami cedera teruk

Apa yang lebih menarik, Peronda Lebuhraya California berkata bahawa pemandu Kia Soul yang rosak teruk itu hanya mengalami kecederaan ringan. Tiada penumpang atau individu lain dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut.

Anoop Khatra, pemandu Tesla yang merakam video yang mengejutkan itu dalam ciapannya menyifatkan kemalangan itu sebagai ‘rempuhan kereta yang paling gila’.

Menurut pegawai penyiasat, nat pada trak pikap tersebut dikatakan telah tercabut atas sebab yang tidak diketahui. Ia telah menyebabkan tayar itu tercabut dari hab roda trak tersebut.

Terdahulu, seorang pejalan kaki dipercayai etnik Rohingya dan penumpang sebuah kenderaan maut dalam kemalangan di KM55 Jalan Pekan – Nenasi – Rompin, hari ini.

“Ketika melalui kawasan jambatan, pemandu tersebut dipercayai mengantuk dan terbabas ke kiri jalan serta melanggar seorang pejalan kaki sebelum kenderaan itu terbabas masuk ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pejalan kaki lelaki yang belum diketahui identitinya itu maut di lokasi kejadian.

Kereta melambung langgar tayar