Tular Kanak-Kanak Dipaksa ‘Mengemis’ Pakai Kostum Katak, Ibu Ditegur Tapi Menjawab – “Biar La Anak Saya Bukan Anak Awak”

LocalFamily & Parenting
10 Jul 2025 • 4:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu berkongsi tentang kisah seorang kanak-kanak yang didakwa telah dipaksa oleh ibunya untuk bekerja dengan memakai kostum katak.

Menerusi Threads, individu berkenaan berkata ketika dia dan keluarga makan di Pantai Remis, Kuala Selangor mereka ternampak seorang kanak-kanak di dalam kostum katak.

Katanya, kanak-kanak tersebut duduk di meja belakang mereka dan makan ketika masih memakai kostum itu yang turut mempunyai kod QR serta kotak duit yang melekat di kostum.

Dia nampak lapar sangat-sangat dan dia memang mintak makan dekat meja sebelah I and dia punya cara makan tu memang macam tak dibagi makan.

image is not available

Abang individu itu kemudian mendekati kanak-kanak itu sebelum seorang wanita tiba-tiba menghampiri mereka dan membawanya ke ibunya.

Abang saya pergi tengok. Mak dia cubit weh budak tu macam marah. Lepas itu abang saya tanya kenapa buat dekat anak macam ni. Nak tau apa mak dia cakap? ‘Biar la anak saya bukan anak awak’.

 

View on Threads

 

Individu itu membuat hantaran tersebut dengan harapan ada pihak yang dapat mencari dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada dieksploitasi oleh ibu sendiri.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen dan ramai meluahkan rasa marah terhadap ibu kanak-kanak itu yang tergamak memaksa anaknya bekerja pada usia kecil.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada yang mengajak orang ramai membuat laporan agar pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat ambil tindakan dan boleh menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Segelintir netizen turut memohon agar penyanyi rap Caprice untuk membantu memandangkan dia sering membantu mangsa-mangsa penindasan atau jenayah mendapatkan keadilan.

Ada parents memperdagangkan anak. Tolong.

image is not available

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-06-05 12:04:14

Tular Video Kanak-Kanak Pakai Kostum, Usung 'Tip Box' Di Parkir Pasar Raya Cetus Perhatian - "Kesiannya, Umur Macam Ni Dah Kena Kerja"