
Tular Kejadian Didakwa Puting Beliung Berlaku Di Pendang, Kedah
Beberapa kawasan di Kedah dilapor telah dilanda pusaran angin seperti puting beliung, hari ini.
Malah, video yang merakam situasi puting beliung di salah sebuah kampung turut menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Ku Din Pendang, fenomena itu dilihat berlaku di kawasan berdekatan sawah padi di Kampung Bukit Cepat.
Pada awalnya, kelihatan pembentukan angin berpusar secara perlahan-lahan dengan keadaan awan gelap turut kelihatan di langit.
Tidak lama kemudian, angin yang berpusat itu terus membesar sehingga terbentuk keadaan seperti puting beliung yang biasa dilihat di luar negara.
Dalam pada itu, rumah milik bapa mentuanya turut mengalami kerosakan teruk dipercayai menerima tempias daripada kejadian puting beliuung berkenaan.
Kejadian didakwa puting beliung dirakam berlaku tengah sawah di Pendang, Kedah
Antara kerosakan pada rumah yang dapat dilihat menerusi video berkenaan adalah seperti bumbung tercabut dan keadaan dalam ruang tamu yang berselerak.
Selain perkongsian Ku Din Pendang, warga maya dipercayai yang tinggal berdekatan dengan lokasi puting beliung itu turut memuat naik beberapa video kejadian yang sama.
Sehingga kini, masih belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengenai kejadian terbabit.
Sumber: Ku Din Pendang via Facebook
The post Tular Kejadian Didakwa Puting Beliung Berlaku Di Pendang, Kedah appeared first on Siakap Keli.




![[VIDEO] Penampakan Rare White Manta Ray Di Sabah Tarik Perhatian Netizen](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)