Tular Kelindan Bas Ekspres Ingatkan Penumpang Pakai Tali Pinggang Keledar Raih Pujian [Video]

LocalCars
1 Jul 2025 • 12:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bermula hari ini (1 Julai), semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Difahamkan, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala untuk tahun sebelumnya pula akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300.

Tular kelindan bas ingatkan penumpang untuk pakai tali pinggang keledar

Terbaharu, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai kelindan sebuah bas ekspres telah menjalankan tanggungjawabnya mengikut penguatkuasaan baharu itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @yensendo96, kelindan bas KPB Express itu mengingatkan para penumpang untuk memakai tali pinggang keledar.

“Saya nak ingatkan di sini semua (penumpang) kena pakai tali pinggang keledar, kalau tak pakai kena saman RM300 setiap seorang,” katanya.

Penumpang bas terus pakai tali pinggang keledar selepas diingatkan

Dalam video tersebut, kelihatan penumpang-penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar dengan segera memakainya setelah diberi peringatan oleh lelaki terbabit.

“RM300 bukan RM30, baik pakai sahaja (tali pinggang keledar), biar depa bagi duit dekat kita jangan kita bagi duit dekat depa,” katanya lagi dalam nada berseloroh.

Pada masa sama, lelaki terbabit juga memohon agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Kementerian Pengangkutan menampal iklan di setiap terminal bas mengenai peringatan kepada penumpang berhubung perkara itu.

@yensendo96 Imkena update sedia mampoihhh…mohon pihat JPJ/MOT sediakan satu iklan setiap terminal pamirkan pakai taki pinggang keledar…klau boleh dekat tiket tuliskan dan lebelkan pakai tali pinggang keledar…terima kasih#kpbexpress ♬ bunyi asal – YenSendo💪😊

Pemakaian tali pinggang keledar buat penumpang bas hanya advokasi sebelum ini

Untuk info, sebelum ini pihak JPJ mengambil pendekatan advokasi berhubung pemakaian tali pinggang keledar buat para penumpang bas, namun kini ia dilaksanakan secara tegas.

“Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman.

“Jika pemandu sudah memberi peringatan kepada penumpang, namun penumpang masih berdegil untuk memakai tali pinggang keledar, saman hanya akan diberikan kepada penumpang. Namun kita akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya,” kata Ketua Pengarah JPJ.

Ramai puji, boleh jadi contoh buat kelindan dan pemandu bas lain

Sementara itu, memindai ke ruangan komen pada hantaran video terbabit, kelihatan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan kelindan bas ekspres tersebut kerana telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya.

Kebanyakan netizen juga menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut boleh dijadikan contoh buat kelindan bas dan pemandu bas yang lain.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available