Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan

5 Dec 2022 • 3:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Rupa-rupanya ia sekadar marketing murahan’ – netizen

Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan. Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video sebuah Perodua Aruz yang diconteng dengan kata-kata janda sekaligus meraih perhatian ramai di Bukit Bintang.

Dalam perkongsian video tersebut, kereta Perodua Aruz diconteng dengan perkataan berunsur kejian seperti ‘Kaki Janda’ dan ‘Jantan Tak Guna’ sehingga menarik perhatian orang ramai. Pada mulanya membuatkan ramai menyangkakan si penconteng pastinya seorang isteri yang sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang terlalu gilakan wanita lain yang bersatus janda.

image is not available
Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan. Sumber: Tiktok

‘Jijiknya marketing macam ni. Malu kan sebahagian dari iman. Malu dah tak ada.’ -netizen

Namun berdasarkan hasil selidik netizen, ternyata itu semua hanyalah taktik ‘marketing’ murahan yang digunakan oleh satu jenama vape tempatan. Ini kerana jelas terpampang satu jenama sebuah syarikat pengeluar flavour vape yang terselit di antara contengan pada kereta tersebut.

Perkongsian tersebut turut mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila jenama tersebut bukan sahaja menggunakan ‘marketing’ murahan malah turut menghina dan merendah-rendahkan golongan janda.

image is not available
Sumber: Tiktok

Tular kenderaan diconteng sangkakan suami gila janda

Beberapa pengguna kemudiannya turut berkongsikan tangkap layar promosi yang digunakan syarikat tersebut di mana mereka menggunakan tanda pagar seperti Jantan Tak Guna, Pembela Janda, dan lain-lain yang dilihat berkait dengan contengan pada kereta tersebut dalam mempromosikan satu perisa vape baharu.

Hasil semakan kami di Facebook, rupanya syarikat tersebut telah mengeluarkan satu teaser di mana mereka bakal mengeluarkan perisa baharu. Tidak hanya itu kami berjaya menemui perisa lain yang dimaksudkan dan jelas nama perisa vape itu sendiri memang menggunakan salah satu perkataan pada contengan tersebut.

image is not available
Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan. Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook