
Tular Kucing Dirakam Tak Tentu Hala Cari Tuannya Tertimbus Dalam Runtuhan
Kejadian gempa bumi kuat di Turki dan Syria telah meninggalkan kesan trauma yang besar kepada mangsanya.
Bukan sahaja manusia, haiwan seperti kucing dan anjing juga turut terkesan dan mengalami trauma yang teruk dalam kejadian tersebut.
Tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan keadaan haiwan pasca gempa bumi yang melanda dua negara teluk tersebut.
Salah satu video yang mendapat perhatian ialah keadaan seekor kucing yang berada dalam kekeliruan seperti sedang mencari sesuatu di celah-celah runtuhan bangunan akibat gempa tersebut.
@gypsy_the_french_bulldog The cat is looking for its owner in the rubble #turkey #turkiye #earthquake #turkeyearthquakes #turkeyearthquake
Menurut kapsyen di video berkenaan, kucing itu dikatakan sedang mencari pemiliknya di celahan bangunan yang runtuh tersebut.
“Kucing itu sedang mencari pemiliknya di celahan runtuhan itu,” tulis kapsyen muat naik tersebut
Perkongsian video berdurasi 30 saat oleh akaun TikTok yang menggunakan nama @gypsy_the_french_building telah mendapat jumlah tontonan melebihi 400,000.
Muat naik video itu juga telah mendapat komen reaksi pelbagai dari pengguna media sosial berkenaan. Antara yang mendapat perhatian adalah:
“Sungguh kesian untuk haiwan itu, mereka tidak memahami apa yang sedang berlaku atau di mana keluarga mereka berada,” tulis seorang netizen.
“Hancur hati saya untuk melihat bagaimana keadaan terkini di Turki dan Syria,” tulis seorang lagi netizen.
Sebuah lagi video perkongsian yang mendapat perhatian adalah keadaan seekor anjing yang terbaring kaku sedih di timbunan runtuhan bangunan.
Video berdurasi 28 saat yang dikongsikan oleh pengguna yang menggunakan nama akaun @sandraburbano1720 menunjukkan raut wajah sedih seekor anjing yang seakan sedang bersedih.
@sandraburbano1720 #earquake#turkey #diosperdonanos#viral#fyp#sandraburbano
♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith
Berdasarkan daripada kapsyen dalam video tersebut, anjing itu difahamkan sedang menunggu kepulangan tuannya di hadapan rumahnya yang telah runtuh akibat daripada gempa bumi kuat yang melanda negara itu.
Jelas dapat dilihat dari raut wajah sayu anjing itu seperti sedang bersedih meratapi nasib yang menimpa dirinya dan tuannya.
Terdahulu Siakap Keli pernah melaporkan bahawa Turki dan Syria telah dilanda gempa berukuran 7.8 magnitud pada pukul 4 pagi waktu tempatan, Isnin lalu. Beberapa siri gegaran susulan berukuran 7.5 magnitud turut dicatatkan beberapa jam kemudiannya.
Kejadian gempa bumi yang berpusat di selatan Turki antara yang terburuk pernah berlaku di dunia sejak 2011 yang lalu. Kejadian gempa bumi dan tsunami pada 2011 yang berlaku di Jepun mengorbankan hampir 20,000 nyawa.
Menurut PBB, hampir 6,000 bangunan telah runtuh di Turki dan menyebabkan ramai penduduk tidur di dalam kereta, khemah dan di luar dalam kesejukan.
Sumber: TikTok
The post Tular Kucing Dirakam Tak Tentu Hala Cari Tuannya Tertimbus Dalam Runtuhan appeared first on Siakap Keli.



