Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani

LocalLifestyle
7 Apr 2026 • 5:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes individu diintai di tandas awam bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah banyak dilaporkan.

Malah di masa kini bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa tetapi lelaki juga antara mangsa kepada individu berkenaan untuk melepaskan nafsu mereka.

Meskipun tahu apa yang dilakukan salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan namun mereka seperti tidak endah apa yang penting nafsu mereka dapat dilepaskan.

Lelaki berang dakwa diintai lelaki sedang beronani dalam tandas stesen minyak

Baru-baru ini tular di Threads apabila seorang pengguna dikenali sebagai Irwan Ramli (@irwanramli_) mendakwa dirinya telah diintai oleh seorang lelaki sewaktu berada dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak di Juru, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Irwan memaklumkan dia telah masuk ke dalam tandas untuk membuang air besar.

Muncul satu kaki dari tandas sebelah

Dia kemudian terkejut apabila secara tiba-tiba terdapat kaki lelaki di bawah ruang pemisah (partition) telah masuk daripada tandas di sebelah.

Disebabkan perut yang memulas, Irwan tidak menyedari terdapat lubang pada dinding penghadang di antara tandasnya dengan ‘cubical’ sebelah.

Dakwa Irwan lubang tersebut asalnya telah tertutup dengan pita pelekat (tape), dia kemudian tergerak hati untuk melihatnya dan menyedari ada mata yang sedang mengendapnya.

Dalam video tular tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa mengendap Irwan itu juga dipercayai sedang beronani.

Image from: Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani

Tak mengaku ketika disoal mengenai tindakan mengendap

Berang dengan tindakan lelaki berkenaan, Irwan kemudian meninggikan suaranya dan bertanya apakah yang cuba dilakukan oleh individu tersebut.

Irwan juga turut menunggu lelaki tersebut keluar daripada tandas berkenaan untuk bersemuka dengannya.

Pada waktu itu dia juga menyedari yang semua tandas lain ditutup seolah-olah mahukan hanya tandas hujung digunakan oleh orang ramai.

“Pintu (tandas di cubical lain) semua dia kunci, kecuali pintu hujung di mana tandas yang aku masuk. Tak pelik lagi masa ni, ingatkan tandas penuh, sebab sakit perut punya pasal aku pun masuk jelah kan, takkan nak tunggu pula,” katanya.

Sewaktu disoal oleh Irwan dan seorang pekerja stesen minyak (pakcik), lelaki berkenaan tidak mengaku dia melakukan perbuatan tersebut. Malah dengan berani menyuruh Irwan untuk membuat laporan polis kerana percaya dia tidak bersalah.

Image from: Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani

Bagi alasan buang ‘air besar’

Malah dia memberikan alasan masuk ke tandas kerana ingin membuang air besar.

“Ni muka p*k***k yang mengendap tu, cara cakap macam s**l, memang aku nak buh (tumbuk) sebiji dah dekat muka dia, lepas tu pakcik pam petrol tu kata jangan. Dah banyak kali dia buat benda (mengendap) ni, aku selalu masuk tandas tu tak ada lubang.”

Irwan turut menunjukkan lubang yang didakwa dibuat oleh individu berkenaan. Perkara itu turut membuatkan Irwan bimbang sekiranya perkara sama dilakukan di tandas wanita.

“Benda ni jadi banyak kali dan pakcik (pekerja stesen minyak) tu kata, dia yang masuk semua tandas dan kunci semua pintu kecuali tandas hujung,” dakwanya.

Pekerja stesen minyak akan buat laporan polis

Irwan turut memaklumkan pekerja stesen minyak itu mengatakan dia akan membuat laporan kepada polis agar tindakan lanjut boleh diambil memandangkan bukti juga sudah dimiliki.

Image from: Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani

Melihat di ruangan balas, ada yang mendakwa pernah terkena dengan individu sama dipercayai di stesen minyak lain.

Tidak kurang ramai yang mengkritik tindakan jijik lelaki tersebut yang cuba mengendap sewaktu berada di tandas awam.

“Kalau ada anak kecil, tolong jangan bagi dia masuk tandas awam sorang-sorang, perempuan mahupun lelaki. Orang gila macam ni terlalu ramai.”

Image from: Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani

“Dekat Threads pun ada benda macam ni. Kenapa kau tak censore bang…”

Image from: Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani

“Harey betul, lepas ni masuk tandas kena bawa tukul besi dah ni”

Image from: Tular Lelaki Didakwa Intai Orang ‘Membuang’ Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Dirakam Beronani
View Original Article