Tular Lelaki Diserang Dan Diugut Di MJC Batu Kawa, Polis Buka Siasatan

26 Aug 2024 • 2:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis siasat kes serangan dan ugutan di MJC Batu Kawa

Tular Lelaki Diserang Dan Diugut Di MJC Batu Kawa, Polis Buka Siasatan. Polis sedang menyiasat satu kejadian baru-baru ini di mana seorang lelaki didakwa telah diserang dan diugut di MJC, Batu Kawa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dalam satu kenyataan berkata polis telah menerima laporan daripada mangsa mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.55 petang semalam.

image is not available
Tular Lelaki Diserang Dan Diugut Di MJC Batu Kawa, Polis Buka Siasatan

Difahamkan, menurut laporan, satu hantaran video tersebar luas di media sosial mengenai mangsa dipukul di tempat tersebut.

Mohd Irwan Hafiz berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Padawan, ASP Sylvarius Gopog di talian 013-8637241.

Baca juga artikel yang berkaitan: