Tular Lori Terbakar & Bergerak Sendiri, Disyaki Alami Masalah Enjin

LocalCars
15 Jan 2025 • 12:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Lori Terbakar & Bergerak Sendiri, Disyaki Alami Masalah Enjin

Masalah enjin yang terlampau panas disyaki menjadi punca sebuah lori terbakar dan bergerak sendiri dalam kejadian di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya pada Isnin, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, lori terbabit ketika itu dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong.

“Pemandu lori mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.

“Pemandu terbabit kemudiannya bertindak terjun keluar dan hanya mengalami luka ringan, manakala lori yang dipandu hangus terbakar,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilik lori sudah diarahkan untuk membuat laporan polis sebagai makluman.

Terdahulu, video yang memaparkan lori terbabit dalam keadaan terbakar tular di media sosial.

Ramai yang menyamakan lori tersebut dengan adegan di dalam satu filem aksi. Mereka juga turut menyatakan kebimbangan mengenai pemandu lori terbabit.

Dalam masa yang sama ada juga yang risau mengenai keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Astro Awani