Tular Mat Saleh ‘Happy’ Bersanding Seorang Diri, Rupanya Ada Kisah Menyayat Hati Di Sebaliknya – “Mana Pengantin Perempuan”

17 Jan 2024 • 4:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular baru-baru ini seorang lelaki mat saleh dilihat bersanding seorang diri namun rupa-rupanya kisah di sebaliknya begitu meruntun hati.

Video tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok dan menurut ceritanya lelaki lengkap memakai busana pengantin berwarna hijau itu bernama Daniel dan berasal dari Amerika Syarikat.

image is not available

 

Dah nikah di Jepun, tapi tak dapat sanding

Daniel telah sah menjadi suami kepada wanita warganegara Malaysia, Nur Farah Ashykin, 35, dan telah disatukan di Jepun.

Namun, jodoh mereka tidak kekal lama dan kepulangan mereka ke Malaysia untuk melangsungkan majlis persandingan berakhir dengan kesedihan.

image is not available image is not available

Farah disahkan menghidap barah dan telah meninggal dunia sebelum mereka sempat menaiki pelamin bersama-sama di hari bahagia itu.

 

Barah merebak ke otak

Menerusi perkongsian pihak butik pengantin tempat mereka menyewa baju bersanding, arwah Farah sebelum ini terpaksa menunda perjumpaan mereka beberapa kali kerana masalah kesihatan dihadapinya.

Pada 8 Disember, dia memaklumkan kepada pemilik butik bahawa keadaannya makin merosot dan kanser telah pun merebak ke bahagian otak.

Dalam video yang sama, Daniel yang juga bekerja di Jepun itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis melihat busana yang sepatutnya dipakai oleh isterinya di hari persandingan mereka.

 

Mahu teruskan majlis

Persiapan semua sudah dilakukan namun Farah menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu minggu lalu disebakan kanser limfoma.

Walau bagaimanapun, Daniel berhajat untuk tetap meneruskan majlis persandingan tersebut meskipun masih dalam keadaan pilu kehilangan isterinya.

image is not available

image is not available