Tular Mesin Pengering Baju Terbakar Di Rumah Akibat Terlalu Panas

11 Nov 2024 • 5:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita ini kongsi bahaya ‘dryer’ tanpa pengawasan, dan pengajaran buat pengguna peralatan elektrik

Tular Mesin Pengering Baju Terbakar Di Rumah Akibat Terlalu Panas. Peralatan elektrik pada masa kini banyak membantu memudahkan kehidupan seharian masyarakat. Namun begitu, penggunaan peralatan elektrik tanpa pengawasan yang rapi boleh mengundang bahaya yang tidak diduga.

Satu hantaran telah dikongsi oleh pengguna TikTok yang melibatkan kebakaran peralatan elektrik di kediamannya. Dalam video yang dimuat naik oleh @efa.taifor, dapat dilihat jiran-jiran beliau berusaha membantu memadamkan api yang berpunca daripada mesin pengering (dryer) dengan menggunakan hos air yang terdapat berhampiran.

image is not available
Tular Mesin Pengering Baju Terbakar Di Rumah Akibat Terlalu Panas

Tindakan pantas jiran-jiran tersebut adalah untuk mengawal api daripada merebak sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. Menurut @efa.taifor, kejadian yang menakutkan itu berpunca daripada mesin pengering yang terlalu panas. Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membiarkan mesin pengering beroperasi tanpa pengawasan.

Dalam kejadian tersebut, tiada kecederaan parah dilaporkan, hanya melecur ringan yang dialami oleh mangsa akibat terkena percikan api. Rawatan awal telah diberikan oleh anggota bomba.

Tips daripada beberapa pengguna di laman TikTok

Video tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna mesin pengering. Beberapa pengguna TikTok berkongsi panduan penggunaan mesin pengering yang selamat, termasuk:

  • Menutup mesin selepas penggunaan
  • Menggunakan plag terus ke soket tanpa berkongsi dengan peranti lain
  • Mengelakkan penggunaan semasa cuaca panas

Apabila ditanya tentang keadaan rumah, pemilik mengakui masih trauma untuk memasuki rumah tersebut dan mencium bau hangit yang kuat.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes-kes tular yang berlaku di Malaysia: