Tular Model Dedah Nak Jadi Isteri Ke-3 Syamsul Yusof, Sekali Puteri Sarah Bagi ‘Greenlight’ [Video]

10 Jan 2023 • 10:26 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Puteri Sarah setuju wanita nak jadi isteri ketiga

Sebelum ini, tular di TikTok video seorang wanita yang mendedahkan niatnya untuk menjadi isteri ketiga kepada penerbit dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Dalam video tersebut, wanita itu turut memaklumkan bahawa dia sedang mengatur cara untuk merampas Syamsul Yusof daripada Ira Kazar sekaligus akan menjadikannya isteri ketiga kepada pengarah tersebut.

Puteri Sarah setuju wanita nak jadi isteri ketiga

Siapa sangka, bukan hanya netizen bahkan video itu turut mengundang perhatian isteri pertama pengarah berkenaan, Puteri Sarah Liyana yang bersetuju sekiranya wanita terbabit mahu menjadi madunya.

“Ni I (saya) setuju,” balas Puteri Sarah ringkas sambil berseloroh.

image is not available

Mungkin teruja dan terkejut dengan respon yang diberikan oleh aktres terbabit, wanita tersebut @mexxrenn_ itu kemudiannya tampil dengan satu lagi video menyatakan dia akan menjalankan misinya itu selepas mendapat lampu hijau dari Puteri Sarah.

“Hari ni ada berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu Puteri Sarah isteri kepada Syamsul Yusof telah memberi ‘greenlight’ (persetujuan) kepada saya untuk menjadi isteri ketiga.

“Kepada yang lain mahu menjadi isteri ketiga sila berundur kerana anda tiada ‘greenlight’, okay jadi saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai penyondol (perampas) untuk menyondol (merampas),” katanya.

Ujar wanita itu lagi, dia mahu golongan ‘perampas’ tahu bagaimana rasanya apabila suami tercinta ‘dirampas’ oleh orang lain pula.

Beritahu niat tidak serius hanya lepaskan amarah

Dia dalam masa sama turut mengulas bahawa apa yang dikatakan itu adalah tidak serius dan hanya sekadar melepaskan amarahnya yang kasihan melihat Puteri Sarah.

“Kesian Puteri Sarah, dah lah ada dua anak. Empat tahun kot (kemelut berlaku). Kepada penyondol-penyondol (perampas) di luar sana sebelum kamu layan suami orang tolonglah berfikir ya guys.

“Kepada Puteri Sarah semoga awak kuat. Be strong kak jangan kisah tentang apa yang orang katakan tentang anda. Love yourself (cintai diri anda),” katanya lagi.

Dalam ruangan komen, video tersebut sekali lagi mendapat perhatian aktres berkenaan apabila dia mengucapkan terima kasih kepada @mexxrenn_.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkara tersebut dan ada juga yang berseloroh berharap agar wanita itu tidak mendapat bantahan dari keluarga mentua Puteri Sarah.

“Yang ni rakyat Malaysia restu”

image is not available

“Ok janji you berjaya ya, pastikan buat sampai jadi”

image is not available

“Yeay menang tanpa bertanding #yangterpilih oleh kak Puteri Sarah”

image is not available