
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu sentiasa dinasihat dan disarankan untuk menuntut ilmu tanpa mengira usia, pangkat dan sebagainya.
Malah Allah SWT akan memberikan rahmatnya kepada mana-mana hamba yang menuntut ilmu apatah lagi jika ilmu itu dikongsikan dan menjadi amalan orang ramai untuk kebaikan mereka.
Seseorang itu tidak sahaja mendapat pahala menuntut ilmu bahkan mendapat ganjaran pahala sangat besar kerana berkongsi ilmunya.
Namun dalam kita menuntut ilmu, kita juga sering dinasihatkan untuk beradab kepada guru, ilmu, rakan dan banyak lagi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuk & Ugut Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas, Pelajar Ditahan Polis
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 14 Tahun Tumbuk Cikgu Mengaku Bersalah
Imam jelaskan pentingnya adab dalam menuntut ilmu
Baru-baru ini, imam yang juga merupakan Geng Masjid Kg Nakhoda telah menjelaskan kepentingan adab sebelum menuntut ilmu.
Perkara itu dijelaskan oleh imam berkenaan selepas tular satu video memaparkan seorang pelajar yang tidak beradab terhadap cikgunya.
“Kepada anak muda tengoklah video ini, dengarlah nasihat ni dan kongsi kepada kawan-kawan. Ilmu yang tidak ada adab itu umpama kita makan dengan tangan yang kotor.
“Kenyang tetap kenyang tetapi penuh dengan penyakit, maka sebab itu para alim ulama sangat-sangat menekankan adab sebelum menuntut ilmu.
“Kerana apa? Kerana ilmu tanpa adab tidak ada keberkatan tetapi kalau ilmu dengan adab dia berkat,” ujar imam berkenaan.
Keberkatan adalah penting untuk menilai kehidupan di dunia dan akhirat
Jelasnya, berkat itu penting kerana ilmu tersebut lah yang akan menilai kehidupan manusia di dunia serta di akhirat.
Katanya lagi ada segelintir individu yang mempunyai banyak ilmu di dada namun kerana tidak beradab keberkatan hilang, malah kehidupan menjadi terbengkalai.
Manakala ada pula segelintir yang ilmu sedikit namun adab sentiasa dijaga dan membuatkannya berkat.
“Kata guru saya, apa tanda-tanda ilmu kita berkat? Iaitu ilmu kita ini menjadi permintaan orang ramai. Maknanya ramai orang suka dengan ilmu kita.
“Ramai orang suka menjadikan kita ini sebagai rujukan, jadi anak-anak muda. Tingkatkan adab kita, kerana ilmu tanpa adab ni kita bukan siapa-siapa.
“Adab itu lebih utama daripada ilmu itu sendiri. Imam Malik mengaji (belajar) adab dan akhlak selama 20 tahun barulah mengaji ilmu.”
Malah imam berkenaan turut menyarankan orang ramai untuk sentiasa menjaga adab dengan guru kita kerana tidak mahu ilmu yang dimiliki tidak berkat.
Adab dulu baru ilmu#imam #bilal #dakwah #nasihat
Ramai yang setuju dengan teguran imam
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran diberikan oleh imam berkenaan.
Malah ada yang berpendapat adab dan akhlak itu perlu diterapkan sejak kecil lagi dan kemudiannya ilmu.
Islam turut tekankan kepentingan jaga adab dengan guru
Dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menekankan kepentingan menjaga adab dengan guru.
Perkara itu dijelaskan selepas ada yang bertanya mengenai tindakan seseorang individu yang memperlekehkan guru sewaktu ia sedang mengajar.
“Islam melarang umatnya memperlekeh dan mempersendakan guru bahkan pentingnya menjaga adab dengan guru. Oleh sebab itu, golongan pendidik wajar dihormati kerana martabat guru itu sendiri diiktiraf di dalam Islam.
“Sesungguhnya guru simbol kepada ilmu pengetahuan, dan menghormati guru bermakna menghargai ilmu,” katanya.
Jelasnya lagi, sikap hormat yang ditunjuk dan diberikan adalah perantaraan dalam mendapatkan keberkatan ilmu menerusi apa yang dipelajari.
“Sesungguhnya guru adalah insan yang memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang bertamadun dan berilmu.”
Adab menuntut ilmu
Memetik Harian Metro terdapat beberapa adab dalam menuntut ilmu yang digariskan oleh ulama mengikut hadis seperti:
- Mengikhlaskan niat hanya kerana Allah SWT.
- Jangan menuntut ilmu dengan tujuan mendapatkan habuan atau keuntungan dunia sementara.
- Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu serta tak sia-siakan masa dengan perkara tak berfaedah.
- Sabar dan tidak mudah berputus asa.
- Perlu menghormati dan memuliakan guru atau orang yang menyampaikan ilmu kepanya.
- Sikap atau tindakan penuntut ilmu perlu sentiasa disenangi guru dan jauhi perlakuan yang mengundang rasa marah.
- Mengulangkaji pelajaran.
- Merendah diri dan jauhi sifat takbur.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Kumpulan Pelajar Perempuan Sedih Berpisah Dengan Guru Raih Perhatian [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Baik Ramai Sayang” – Pelajar Menangis Berpisah Dengan Guru Praktikal Buat Ramai Sebak [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Pakai Baju Dengan Ayat Nista Pada Guru, 2 Pelajar Didakwa Di Mahkamah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Guru Kreatif Gubah Lagu Marhaban Ya Ramadan Untuk Subjek Matematik Raih Perhatian [Video]
Source:




