Tular Myvi Lawan Arus Di Johor, Pemandu Dari Sarawak Ini Dakwa Tidak Tahu Jalan

4 Jan 2024 • 4:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

4 kenderaan turut terbabit dalam kemalangan tersebut

Tular Myvi Lawan Arus Di Johor, Pemandu Dari Sarawak Dakwa Tidak Tahu Jalan. Menyebabkan kemalangan empat buah kereta, seorang lelaki yang baru datang dari Sarawak terpaksa memandu lawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru kerana tersalah jalan.

Menurut Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki berusia 20-an itu tidak biasa dengan jalan raya di bandaraya tersebut dan tersilap masuk ke bulatan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada jam 12.30 malam semalam.

image is not available
Tular Myvi Lawan Arus Di Johor, Pemandu Dari Sarawak Ini Dakwa Tidak Tahu Jalan

Hasil siasatan, pemandu tersebut tidak mabuk atau mengambil dadah

Beliau berkata, lelaki itu yang memandu Perodua Myvi dari arah selatan menuju ke utara telah menyebabkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang membawa tiga orang penumpang dari arah berlawanan tidak dapat mengelak dan melanggar keretanya mengakibatkannya terbalik di tengah jalan.

Tiga buah kereta lain iaitu Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang berada di belakang Mitsubishi Triton juga terlibat dalam kemalangan itu apabila mereka tidak sempat mengelak dan melanggar kenderaan yang terhumban di jalan raya.

Raub Selamat berkata, siasatan polis mendapati lelaki itu tidak mabuk atau mengambil dadah ketika memandu lawan arus.

image is not available
Kenderaan milik mangsa terbalik di tengah jalan raya

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

https://www.iloveborneo.my/pemandu-ehailing-dipancing-keluar-hotel-dibunuh/