Tular Objek Aneh Dipercayai UFO Berjaya Dirakam Terbang Di Gunung Berapi Mexico

12 Jan 2023 • 12:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Objek Aneh Dipercayai UFO Berjaya Dirakam Terbang Di Gunung Berapi Mexico

Pasangan dari Mexico yang mempunyai hobi menangkap gambar berjaya merakam objek yang dipercayai UFO di sebuah gunung berapi aktif, lapor Daily Mail.

Karla Garcia memberitahu Daily Mail bahawa teman lelakinya Luis Guerra telah bangun pada awal pagi Ahad di rumah mereka yang berada di Atlixco, Puebla untuk membersihkan laman belakang rumah tersebut.

Sewaktu proses pembersihan berkenaan, mereka dikejutkan dengan bunyi letusan gunung berapi Popocateptl.

Menurut Garcia, teman lelakinya Guerra sempat mengambil telefon bimbitnya lalu mula mengambil gambar dan video yang menfokuskan ke arah bulan purnama yang kelihatan berada di tepi gunung yang merentangi Mexico, Puebla dan Morelos.

“Dia menghantar gambar itu kepada saya di WhatsApp dan apabila saya bangun, saya melihatnya lalu berkongsikan di status WhatsApp saya,” kata Garcia.

Dia yang berada di atas katil itu mula menerima mesej daripada rakan-rakannya yang perasan ada sesuatu yang kelihatan seperti objek luar angkasa terbang berhampiran di sebelah kanan gunung berapi Popocateptl.

“Memandangkan teman lelaki saya tidak menggunakan media sosial, jadi saya bertanya kepadanya sama ada boleh memuat naik gambar berkenaan ke Twitter dan dia berkata ya,” tambah Garcia lagi.

Garcia turut melampirkan gambar tersebut kepada seorang wartawan tempatan yang seterusnya berkongsi gambar itu di rangkaian tempatan sebelum menjadi tular.

Garcia juga menyiarkan gambar tersebut di halaman Facebook miliknya sambil menulis, “Gambar hari ini pada 7.52 pagi. Popocatepetl, bulan dan mungkin juga UFO.”

Pasangan itu dilaporkan tinggal di rumah mereka yang terletak hanya 1,600 kaki dari tempat monumen UFO didirikan pada tahun 2000 yang lalu atas arahan Datuk Bandar Atlixco ketika itu.

image is not available
Kredit Daily Mail

Bagi penduduk di Mexico, ia merupakan penampakan kedua piring terbang sejak Oktober tahun lalu. Objek tersebut dikesan merentasi langit di Tula, sebuah bandar di negeri timur tengah Hidalgo.

image is not available
Kredit Excelsior TV

Pada akhir Jun tahun lalu, penduduk di bandar Los Angeles dan bandar sempadan di Mexico Tijuana dan Rosarito serta Merida dilaporkan telah melihat objek dengan lampu oren yang berkelip di langit.

Sumber: Daily Mail