Tular Pakai Kasut Koyak, Reaksi Pelajar Dapat Kasut Baharu Dari Cikgu Buat Ramai Tersentuh [Video]

LocalFamily & Parenting
12 May 2026 • 11:16 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Pakai Kasut Koyak, Reaksi Pelajar Dapat Kasut Baharu Dari Cikgu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kata orang menjadi guru ini bagai lilin yang membakar diri sendiri. Yelah mereka tidak hanya mengajar anak bangsa tetapi turut prihatin dengan keadaan anak murid seperti kebajikan, keselesaan dan banyak lagi.

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang guru sekolah rendah dikenali sebagai Cikgu Jie yang prihatin terhadap pelajarnya apabila menyedari anak muridnya itu memakai sepasang kasut yang sudah koyak dan ketat.

Pelajar pakai kasut tapak koyak dan ketat

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, awalnya dia bertanya kepada pelajar perempuan berkenaan mengenai kasut yang dipakainya.

Dipercayai guru tersebut melihat cara pelajar perempuan itu berjalan yang sedikit pelik seperti menyeret kasutnya.

Sebaik pelajar itu menunjukkan kasutnya, guru tersebut memeriksa bahagian tapak yang didapatinya sudah terkoyak.

Cikgu Jie turut meminta pelajar tersebut untuk menanggalkan kasut yang dipakai kerana ingin memeriksa saiz yang dipakai.

“Buka cikgu nak tengok saiz. Ni kasut ni, ketat ke?” soalnya. Pelajar perempuan itu lalu menjawab ya, kasut yang dipakainya itu ketat.

@mrgoji_cikgujie Tapak kasut nak tercabut dan dengan ketatnya. #kisahcikgu #cikgujie #fyp ♬ original sound – Cikgu Jie

Ada kesan tapak kasut pernah dijahit

Ketika memeriksa kasut terbabit, turut kelihatan kesan di mana kasut tersebut penah dijahit sebelum ini.

Sewaktu diminta menyarung semula kasut terbabit, kelihatan tiada ruang pada kaki bahagian hadapan.

Cikgu Jie turut memaklumkan kepada pelajar perempuan berkenaan bahawa dia akan membelikan kasut yang baru buatnya.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, kelihatan Cikgu Jie telah berkunjung ke Pasaraya Hari-Hari untuk membeli kasut pelajar tersebut.

@mrgoji_cikgujie

Ok selesai beli kasut untuk anak murid. Esok kita boleh bagi terus. Terima kasih yang menyumbang untuk kebajikan anak-anak murid kami 🫰 #kisahcikgu #cikgujie #fyp

♬ original sound – Cikgu Jie – Cikgu Jie

Beli dua pasang kasut & stokin

Cikgu Jie turut membeli dua saiz iaitu 34 dan 36 untuk memastikan kasut yang dibeli bersesuaian termasuklah satu set stokin sekolah dan semuanya berjumlah RM72.10

Menerusi satu lagi video yang dikongsikan, kelihatan Cikgu Jie sudah menyerahkan kasut dan stokin yang dibeli kepada murid perempuan itu.

Pelajar sifatkan kasut baharu dipakai ‘tinggi’

Malah dia turut meminta pelajar berkenaan mencubanya. Pelajar itu turut menyifatkan kasut baharu yang dipakai itu tinggi.

Ini kerana tapak pada kasut tersebut masih tebal manakala kasut lama yang sudah terkoyak itu pula sudah menipis.

“Gembiranya dia dapat kasut baru tak lekang dari mulutnya ucap terima kasih. Terima kasih ‘orang baik’ yang sudi bantu murid kami.”

@mrgoji_cikgujie

“Cikgu kasut ini tinggi” – Apabila pertama kali pakai kasut baru 🥹 Terima kasih “orang baik” bantu murid kami #kisahcikgu #cikgujie #fyp

♬ آهات بشرية اسلامية – صمت – Islamic Sound – Calm – Voice of the soul – صوت الروح

Ramai yang nak hulurkan bantuan bantu pelajar beli kasut baharu

Melihat di ruangan komen, ramai yang ingin memberikan sumbangan untuk membantu pelajar berkenaan agar mendapat kasut baharu.

Cikgu Jie turut memaklumkan sebarang sumbangan yang ingin diberikan boleh disalurkan terus ke akaun PIBG sekolah tersebut.

Malah ada yang bertanya Cikgu Jie mengajar di sekolah mana untuk mereka menghantar kasut baharu.

Tidak kurang ramai yang berterima kasih atas sikap prihatin Cikgu Jie terhadap anak-anak murid di sekolahnya.

Menerusi semakan kami, Cikgu Jie sememangnya prihatin dan sering berkongsi mengenai pelajarnya.

“Saya selalu pesan dekat anak-anak, kalau ada kawan yang kasut rosak, tak ada alat tulis, bagitahu saya. Saya akan kongsi rezeki dengan mereka. Saya juga selalu pesan dekat anak-anak kalau kawan tak bawa duit, tolong.”

Image from: Tular Pakai Kasut Koyak, Reaksi Pelajar Dapat Kasut Baharu Dari Cikgu Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Saya pernah beli kasut untuk anak-anak murid yang kasut koyak. Biasa murid akan kata tak apa cikgu. Dah nak cuti sekolah, rugi. Tapi kai cikgu biasa tak tengok saja-saja macam tu.”

Image from: Tular Pakai Kasut Koyak, Reaksi Pelajar Dapat Kasut Baharu Dari Cikgu Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Sedihnya lah, ayat ‘tinggi’. Macam lama tak rasa kasut baru kan”

Image from: Tular Pakai Kasut Koyak, Reaksi Pelajar Dapat Kasut Baharu Dari Cikgu Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Bestnya cikgu. Dulu saya pernah rasa kasut berlubang ekat depan sebab dah sempit. Tunggu ambil biasiswa baru dapat beli baru. Tapi nak ambil jumpa cikgu dulu..”

Image from: Tular Pakai Kasut Koyak, Reaksi Pelajar Dapat Kasut Baharu Dari Cikgu Buat Ramai Tersentuh [Video]
View Original Article