Tular Pelajar Pakai Jubah Ku Klux Klan & Pegang Salib, UiTM Bersuara – “Untuk Beri Pemahaman Terhadap Topik Dibentangkan”

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan tular foto-foto memaparkan sekumpulan pelajar memakai jubah Ku Klux Klan (KKK) di kampus Dengkil, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil bersuara dengan mengatakan tindakan itu merupakan sebahagian daripada tugasan berkaitan isu-isu perundangan.

UiTM pertahankan pelajar pakai jubah KKK & pegang tanda salib

Menurut UiTM, pihak mereka tidak menganggap hal tersebut sebagai sesuatu yang menyinggung sensitiviti agama.

Kata universiti itu lagi, pembentangan pelajar universiti berkenaan tertumpu kepada isu diskriminasi berdasarkan warna kulit dan satu amalan yang wujud di beberapa buah negara.

Pakaian tersebut adalah sebahagian daripada visual untuk membantu memberikan pemahaman dan penghargaan yang lebih baik terhadap topik yang dibentangkan.

Harap penjelasan dapat jernihkan salah tafsir netizen

Difahamkan kenyataan yang dikeluarkan oleh UiTM tersebut bagi membalas video yang tular di platform media sosial memaparkan pelajar-pelajar berkenaan memakai jubah KKK dan memegang tanda salib.

Kami berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan mengelakkan sebarang salah tafsir terhadap tugasan yang telah dijalankan.

Dalam pada masa yang sama, UiTM berharap agar semua pihak menilai insiden berkenaan melalui pandangan akademik.

image is not available 5 months ago

Pelajar UiTM Dedah Belanja Sampai RM1500 Untuk Konvo, Ada Yang Boyfriend 'Sponsor' - "Self-Reward Untuk Effort Belajar"