Tular Pelajar Perempuan Dibelasah Sehingga Cedera, 7 Remaja Ditahan Polis

29 May 2026 • 10:47 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Pelajar Perempuan Dibelasah Sehingga Cedera, 7 Remaja Ditahan Polis

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video memaparkan tindakan sekumpulan pelajar perempuan yang bertindak memukul seorang lagi pelajar perempuan dipercayai berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam video tular itu, turut kelihatan pergaduhan itu turut disaksikan oleh pelajar-pelajar lain.

Bahkan ada juga beberapa pelajar yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut dari terus berlarutan.

Polis tahan 7, 6 perempuan dan 1 lelaki pelajar sekolah menengah untuk bantu siasatan

Susulan daripada rakaman itu, polis telah bertindak menahan seramai tujuh pelajar sekolah menengah pada 27 Mei lalu. Penahanan remaja berkenaan adalah untuk membantu siasatan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman tujuh remaja itu telah ditahan sekitar jam 3 petang dan ia melibatkan seramai enam pelajar perempuan serta seorang pelajar lelaki.

Tujuh pelajar sekolah yang ditahan itu berusia sekitar 15 hingga 17 tahun.

Pelajar lelaki yang ditahan dipercayai rakam insiden pergaduhan

“Pelajar lelaki ditahan dipercayai bertindak sebagai individu merakam keseluruhan kejadian berkenaan,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Ujarnya, kes masih lagi dalam siasatan di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mangsa buat laporan sehari selepas dipukul

Terdahulu polis memaklumkan seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun cedera dipercayai selepas dipukul oleh lima remaja kerana salah faham.

Mangsa tampil membuat laporan polis pada 23 Mei dan hasil siasatan awal dilakukan mendapati insiden pergaduhan itu dipercayai berlaku pada 22 Mei yang lalu sekitar jam 8 pagi.

Mangsa alami lebam di bahu, kaki, telinga kiri, dan luka pada lutut kiri

“Mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan sehingga mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki, selain lebam pada telinga kiri dan luka kecil pada lutut kiri.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa dan semua suspek adalah pelajar daripada beberapa sekolah berbeza di sekitar Kota Kinabalu,” jelasnya, dipetik Harian Metro.

Kenal dalam grup WhatsApp nama ‘Angel’, mangsa dikepung kerana salah faham dan tak puas hati

Menurut Syed Lot, sekumpulan pelajar yang telibat dalam insiden itu dipercayai saling mengenali melalui kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Angel’.

Siasatan dilakukan turut mendapati pelajar berusia 13 tahun itu telah dibawa ke lokasi insiden tersebut oleh dua orang suspek sebelum mereka bertindak mengepung serta memukulnya dipercayai kerana salah faham dan rasa tidak puas hati.

Diugut jangan beritahu ahli keluarga atau polis

Selain itu mangsa juga diugut agar insiden tersebut tidak dilaporkan kepada polis mahupun keluarga.