Tular Pelampung Terjatuh Timpa Pengunjung, MBSA Dedah Gelongsor Kaca i-City Tiada Kelulusan

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 10:14 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, taman tema i-City telah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan tarikan terbaharu iaitu gelongsor air kaca yang terpanjang di Malaysia iaitu 600 meter.

Apa yang lebih menarik, sejak pembukaannya pada 18 Januari lalu gelongsor kaca yang dikenali sebagai SkyCity Tower turut dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni pada waktu malam.

Bukan hanya itu, mereka yang menaiki gelongsor ini juga boleh melihat pemandangan dari ketinggian 60 meter. Namun sebelum ini, tarikan berkenaan telah menjadi perhatian apabila ramai yang bimbang mengenai keselamatannya selepas ada yang mendakwa terdapat kesan retakan dalam satu video yang tular.

Susulan itu pihak i-City tampil menjelaskan ia bukan kesan retakan sebaliknya kabel lampu serta memberi jaminan tarikan berkenaan selamat digunakan dan penyelanggaran berkali juga sering dilakukan.

MBSA Dedah gelongsor kaca i-City tak ada kelulusan

Belum reda dengan isu tersebut, baru-baru ini tular satu lagi video mengenai tarikan itu di media sosial apabila terdapat pelampung yang terjatuh dan menimpa pengunjung yang hadir ke taman tema tersebut.

@mierull_fpv2

Baru nk naik 😂 sekali pelampung jatuh . Seremmm martttt . Batal terus laa niat yee 🤭

♬ nhạc nền – Chii – Chii

Terbaharu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan taman tema berkenaan belum lagi mendapatkan kelulusan dari pihaknya untuk beroperasi.

Jelas Ketua Bahagian Korporat dan Pehubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif notis juga telah dikeluarkan agar tarikan itu dihentikan sewaktu ia masih lagi dalam tempoh pembinaan. Akan tetapi, perkara itu tidak dipatuhi.

Kompaun dikenakan kerana tak buat permohonan kelulusan

Katanya ekoran perkara itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah bertindak mengeluarkan kompaun terhadap pihak i-City pada 14 November 2024.

“Permainan ini belum dapat kelulusan beroperasi. Mereka (i-City) perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) dan permit sementara.

“Pihak i-City dikompaun kerana tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi. Ada notis untuk henti ketika pembinaan tetapi tidak patuh, jadi MBSA keluarkan kompaun.

“Tindakan notis henti kerja dan kompaun dikeluarkan pada 14 November tahun lalu. Permainan ini akan diminta menghentikan operasi,” ujar beliau, lapor Sinar Harian.

Terdahulu tular video memaparkan pengunjung yang menangis kerana sakit selepas ditimpa oleh pelampung gelongsor berkenaan.

Source: