
Tambahan pula tempat tersebut tiada pengawasan oleh pihak pengurusan.
Tular Pembukaan Semula Jambatan Gantung Satok, Individu Ini Dedah Pintu Pagar Diroboh. Sebelum ini, kita digemparkan dengan sebuah berita baik buat penduduk Kuching bahawa Jambatan Gantung Satok telah dibuka kepada umum.
Rupa-rupanya pagar masuk untuk ke jambatan tersebut telah roboh dan penduduk menyangka bahawa jambatan tersebut telah dibuka kembali untuk umum. Tambahan pula tempat tersebut tiada pengawasan oleh pihak pengurusan.

Rupa-rupanya pagar kayu menghadang jalan masuk ke jambatan tersebut telah roboh.
Baru-baru ini telah tular satu kongsian individu di laman Facebook bahawa Jambatan Gantung Satok masih belum dapat diakses oleh umum atas sebab pagar kayu telah roboh akibat ribut.
Menurut kongsian individu tersebut, pihak pengurusan telah memasang kembali penghadang jalan masuk ke Jambatan Gantung Satok setelah tular pembukaan jambatan yang telah ditutup selama setahun lebih.

Tambah individu itu juga, bilik kawalan di jambatan tersebut turut diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, jambatan tersebut kini ditutup kembali untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.
Namun, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa berkenaan dengan isu yang tular ini.

