Bagi kebanyakan orang, aktiviti mendaki bukit atau gunung sering menjadi peluang untuk menenangkan fikiran dan lari seketika daripada kesibukan kota.
Namun, suasana damai yang biasanya dikaitkan dengan alam semula jadi bertukar sebaliknya apabila tular sebuah video memaparkan sekumpulan pendaki didakwa berseronok seperti sedang berparti di puncak bukit.
Menerusi video yang tular, sekumpulan individu dilihat mendaki sebuah bukit pada waktu malam sambil membawa lampu suluh dan telefon pintar.
Keadaan menjadi riuh apabila mereka dipercayai menari, berkaraoke serta memainkan muzik menggunakan speaker sehingga suasana di kawasan berkenaan kelihatan seperti sebuah majlis hiburan.
Tindakan kumpulan tersebut mengundang rasa kurang senang ramai pihak kerana dianggap tidak menjaga adab ketika berada di kawasan hutan, selain dikhuatiri mengganggu hidupan flora dan fauna pada waktu malam.

Dalam video sama, kelihatan juga kumpulan berkenaan menikmati makanan yang dimasak secara langsung dalam jumlah yang besar.
Lebih mengundang perhatian, ada netizen yang menegur soal batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram yang dilihat tidak bersesuaian, apatah lagi dilakukan di kawasan terbuka ketika aktiviti pendakian.
Susulan penularan video itu, ramai warganet meluahkan rasa kecewa dan bimbang tindakan segelintir individu seperti itu boleh memberi tanggapan negatif terhadap aktiviti hiking.
“Takde adab langsung. Patutlah “penghuni hutan” marah sampai ada orang kena rasuk malam semalam. Korang kalau masuk hutan, tolonglah jaga adab kelakuan & percakapan. Silap2 makan diri je nanti,” pesan seorang pengguna.
“Punca korang nnt terus tutup bukit dinding… malam dah tak boleh naik nanti,” tegas seorang lagi.
Malah, ada juga yang bimbang tindakan seperti itu boleh menyebabkan peraturan aktiviti pendakian menjadi lebih ketat pada masa depan, sekali gus memberi kesan kepada pendaki lain yang benar-benar mahu menikmati aktiviti riadah tersebut secara beradab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki Warga Asing 'Gosok Gigi' Pakai Token RapidKL, Netizen Luah Rasa Jijik - "Sampai Terkopek Dia Buat!"
The post Tular Pendaki ‘Berparti’ Di Puncak Bukit, Netizen Tegur Isu Adab Dan Keselamatan – “Patutnya Korang Yang Kena Sorok Dengan Jin!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
